Wednesday, June 12, 2019

DRSA vol. 13

Boleh dikatakan aku baca keluaran terbaru DRSA ni "in one sitting", tak ambil masa yang lama untuk aku habiskan.

DRSA isu-isu terbaru agak santai dan tak berat macam era awal dulu, era 90an dan awal 2000-an. DRSA pun dah jarang keluar, mungkin ikut mood dan kesesuaian. Isu ini disiapkan sempena Dungun Mini Zine Fest yang diadakan baru-baru ni dimana Fazri menetap.

Antara sebab lain aku dapat habiskan bacaan dengan cepat mungkin sebab interview dengan band-band yang aku sangat suka;  Si Bunga Hitam dan RTJ -keduanya band Indonesia. Interview dengan Protest (Singapura) sangat ringkas tapi memadai. Selain itu ada juga interview dengan Mim Zainol dari Borneo Komrad yang menjelajah semenanjung Malaysia dengan berbasikal untuk berkongsi tentang 'Sekolah Alternatif'.

Apa yang menariknya, interview dengan RTJ dilakukan secara bersemuka di rumah Fazri masa RTJ buat persembahan di Dungun tempohari. Membaca ulasan kaset RTJ saja dah sedap dan buat aku teruja untuk mendapatkan CD mereka nanti.

Tulisan-tulisan dalam ini seputar kesihatan dan pengembaraan berbasikal. Ada juga terselit sumbangan tulisan dan lukisan teman-teman.

DRSA - dok rok skepeng abuk

Cikgu, bila next isu nok tubik?

Monday, March 4, 2019

Lostmouldytapes Zine

 
Aduih macam mana aku nak baca zine ni masa student aku buat kerja ni. Depan gambar bra, belakang gamvar panties. Karang diorang ingat aku baca naskah lucah pula. 


Zine ini boleh aku simpulkan sebagai zine post-rock kerana tiga band yang ditemuramah adalah berkiblatkan genre tersebut iaitu Loch, Glass dan Nirmala.
Ada juga artikel tentang post-rock ditulis oleh Kamil G. 


Namun di ruangan ulasan, kaset-kaset yang diulas adalah dari pelbagai genre indie pop, rock, funk dan hardcore punk. Terdapat juga dua muka surat ulasan zine. Yang menariknya semua ulasan adalah produk tempatan. 


Layout zine yang kemas dan sedap dibaca. Cari dan beli! 

Friday, October 12, 2018

Punk: Satu Penilaian Semula (zine)


Midiskirt merupakan penulis untuk zine-zine punk awal dulu seperti Aedes (oleh Joe Kidd) dan zine nya sendiri Parasit (1993-94). Tulisan-tulisan dalam zine asalnya ditulis dan disiarkan dalam satu portal. Aku ada berjumpa dengan Midi di Cyberjaya Zine Festival, dan sesudah itu meminta kebenaran untuk menerbitkan tulisan-tulisan tersebut dalam bentuk zine menerusi label aku. Namun kata Midi, dia dah pun siapkan himpunan tulisan dan hampir siap untuk diterbitkan dalam bentuk zine. 

Dalam zine ni, Midi menceritakan bagaimana dia mula terjebak dan dengan muzik punk dan idealism politik kiri. Midi menulis tentang penglibatan, kecenderungan dan pendapat-pendapat tentang subculture ini. Namun dia tidak mengaku dirinya seorang punk, tapi sekadar peminat dan pemerhati budaya punk. Selalu juga aku jumpa dia di gig punk dewasa ini.

Agak kelakar apabila Midi menulis pengalaman menjadi vokalis band Millions Of Mad Moslems dan dia merupakan seorang yang sangat gugup dan lari dari studio ketika hendak merakam suara. Ada cadangan untuk menukarkan nama band tersebut kepada Les Gemuruh kerana dia sentiasa gemuruh jika diberi mikrofon, haha!

Dapatkan zine yang berharga RM10 ni dari page Padajiwa di facebook atau instagram. 

Tuesday, March 22, 2016

Pedal To The Metal isu 2


Zine Pedal To The Metal kembali lagi tidak lama selepas isu perdana mereka dikeluarkan. Isu kali ini dibuka dengan ruangan tribute untuk Lemmy Motorhead.

Isu ini juga terasa lebih meriah dengan sumbangan tulisan dari penulis lain seperti Remie Atomic Death (lucu sungguh cerita tulisan beliau) dan Adi Herman Metuk Ulau. Selain itu, isu kali ini memperkenalkan maskot zine ni, seorang mat metal bernama Haspiddy^ yang dilukis oleh kartunis Aku Napie. Beliau turut menyumbangkan beberapa hasil seni yang menghiasi beberapa halaman zine ini.

Aku suka tulisan dari editor zine ni (Ra1m1) iaitu 'Dari Florida ke Malaysia' dan 'Kemaruk Artis dan Autograf'. Kena dengan tema zine ni sebagai sebuah zine travelog, banyak pengalaman dan tips mengembara yang dicatat dan dipaparkan dalam zine ni.

Isu ini memuatkan temubual dengan band Hereafter, Jehovah The Satyr dan Unveiled. Turut tidak ketinggalan, ruangan ulasan muzik metal yang didominasi oleh keluaran-keluaran band tempatan...

Zine ni memang bergaya terutamanya bila dibawa semasa travel dengan basikal.

http://faithcraftmobile.blogspot.my
No. 8, Jalan Seberang Jaya 2, 02000, Kuala Perlis, Perlis
faithcraftproductions@yahoo.com




Thursday, March 3, 2016

Repulsive Regurgitatation #2




Zine "cut and paste to the max" dari Malaysia ni dah kembali dengan isu kedua pada akhir tahun 2015. Kalau isu lepas saiz dan ketebalannya dah macam majalah sekolah, isu kali dikecilkan ke separuh dan lebih nipis. Tengok saja stail packaging macam mainan askar di kedai runcit, dah boleh nampak rajin dan bersungguhnya editor RRZ ni iaitu si Epul Rikard.

Zine buat peminat muzik grindcore ini mengandungi temuramah dengan artis disebalik cover art album 'Scum' oleh Napalm Death, band Filth, Catasexual Urge Motivation (Jepun), Maggut (Jepun), Bodybag, Entrails dan beberapa lagi band dengan logo susah nak baca. Turut memaparkan sedutan dari zine Phoenix Militia #7 (1987) dan juga tulisan dari blog Andy Story.

Dapatkannya sekarang dari Epul Rikard, No. 133, Jalan Taman Dato Senu 4, Taman Dato Senu, 5100 Sentul, Kuala Lumpur atau lawan84@yahoo.com

Boleh like page zine ni di FB.


Tuesday, March 1, 2016

Wasted #2

Ini satu lagi zine yang aku dapat secara trade dengan Ainchah Daud masa acara KL Zine Fest tahun lepas. Simple saja zine ni dari segi rupanya.

Aku tak tahu kenapa tapi aku suka sangat zine yang dipotong dengan tak kemas. Contoh macam zine ni, menggunakan gunting, jadi ia tidak lurus dan tak kemas. Ada sense of urgency dan 'rugged' di situ yang buat aku sukakannya. Bukan seluar koyak saja 'rugged', tapi zine yang dipotong dengan herot macam ni pun 'rugged' pada mata aku. Ada sesiapa yang sama citarasa dengan aku?

Okey, walaupun dari segi susunatur, penggunaan font untuk zine ni isu ni nampak hambar, namun bukan isinya. Aku suka luahan penulis dalam 'MPKB sebagai Penutup Kepada Ruang Kreatif Untuk Remaja' dan 'Keperluan dan Kehendak'. Tulisan kedua lebih kepada menceritakan kesesakan hidup kita akibat kejatuhan nilai matawang kita.

Ada banyak interview dalam zine ni, sayangnya tiada sebarang gambar dalam isu kali ni. Interview bersama; Pasar Percuma KB, Wasted Youth KB, Kutu Buku Distro dan Darul Naim Squad, Oi! Oi!

Tiada alamat kontek...

Monday, February 15, 2016

Zine Distopia #00




Sarajevo kembali lagi dengan zine baru. Dulu beliau produktif mengeluarkan zine bernama Jiwa Seorang Loser, aku dah lupa sampai isu berapa. Agak lama menyepi dari menerbitkan zine, kini beliau tampil dengan DISTOPIA. Isu percubaan ini dilancarkan di KL Zine Fest 2015 pada bulan Disember lepas. Di dalam isu ini ada tulisan opini tentang Feminism yang dikatakan tidak bertentangan dengan agama, cerita tentang keluarga, kenangan zaman sekolah dan pengalaman bekerja dan cerita tentang Kuala Lumpur yang ada 50 shopping mall.  

Rasanya semua masih ingat peristiwa Sarajevo yang diugut rogol oleh seorang anggota polis semasa berada salam tahanan polis. Beliau ditahan oleh polis selepas himpunan anti-GST pada 1 Mei tahun lalu. Beliau direman selama empat hari di IPD Dang Wangi bersama 22 peserta himpunan yang lain. Tuduhan terhadap beliau sangat tak masuk akal iaitu ‘bahan letupan dan hakisan’. Semuanya diceritakan di sini namun tidak terperinici kerana tidak sanggup untuk diceritakan dan ada juga yang beliau mahu simpan sendiri sahaja.


Semestinya isu kali ini ada temuramah dengan Ieda Mazlan, salah seorang penggerak kolektif Makanan Bukan Periuk Api dan juga seorang editor zine dan artis yang terkenal dengan trademark ‘tumbuh bunga’nya. Disamping itu ada ulasan beberapa buku, zine dan muzik. 

Isu depan akan terbit dengan tema ‘wanita’ dan anda disaran menghantar karya anda.

Sarajevo Amira Maisara
No. 61 Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
012-2216553
zinedistopia@gmail.com