Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Pena Hitam #4


Fanzine Ilustrasi Penahitam kembali dengan isu ke-4. Fanzine ini dicetak secara proffesional dan juga perfect bound. Di dalamnya tersiar ilustrasi-ilustrasi oleh artis dari Indonesia dan negara-negara lain. Ilustrasi-ilustrasi yang ditampilkan sangat detail dan menunjukkan gaya dan identiti tersendiri setiap artis. Kebanyakan artis juga ditemuramah tentang teknik, masa yang diambil dan juga media yang digunakan. Kebanyakan tulisan juga ditulis dalam dwibahasa iaitu Bahasa Indonesia dan Inggeris. Turut dikepilkan adalah sticker (berwarna kuning), dan calendar (berwarna merah) secara percuma.

Aku dapatkan zine ini dengan harga RM25 dari Lot Buku. Mungkin mereka masih ada stok. Di dalam zine ini tertera alamat Tandang Store sebagai wakil penjual di Malaysia. Boleh hubungi mereka di cactusdistro@yahoo.com atau terus hubungi PainSugar editor zine ini penahitam_fanzine@yahoo.com


Monday, January 6, 2014

Aku, Pekan Kecil & Skateboarding


Penulis zine ini mengatakan ini bukanlah zine tetapi 'catatan indie', tapi bagi aku naskah ini memanglah sebuah zine, mengikut pengetahuan akulah -naskah ini ada semua kriteria untuk dipanggil sebagai zine. Cuma zine ini agak tebal dari zine-zine biasa dari Malaysia, iaitu setebal 80 mukasurat. Zine ini ditulis seperti sebuah buku dan bukanlah seperti zine/majalah skateboarding yang banyak seksyen seperti temuramah, ulasan dan kolum-kolum lain. Cerita ini mengenai penulis mengenal dan bergelumang dengan sukan ekstrim, 'skateboarding' di sebuah pekan kecil di utara tanah air. Ia dibahagikan kepada 13 bab. Naik-turun, suka-duka, pahit maung selama melibatkan diri dalam sukan ini dikongsikan...

Oh, ada bahagian kedua dalam zine ini yang memuatkan coretan-coretan kontot.

RM10 / RM15 melalui pos
pesan dari: mohamadpitri@gmail.com atau 017-4972313

Wednesday, November 20, 2013

Psychotic Art Zine (Book)


Long running local art-zine "Psychotic Art Zine" has compiled their works and self-published them in a book form. Support!

Contact: 

019-248 5758
amirfadli2@yahoo.com
http://psychoticartzine.blogspot.com/

Tuesday, September 3, 2013

Review: BEYOND THE MUSIC: HOW PUNKS ARE SAVING THE WORLD WITH DIY ETHICS, SKILLS & VALUES book

Been reading this book by Joe Biel (Microcosm Publishing/Cantankerous Titles). Basically the 192 pages book features collection of interviews he conducted with punks who are successful in their own fields. It's about how they bring and hold on to DIY punk ideas and ethics in their career and professional activities. Among the personnel included here are; Nate Powell (cartoonist), Fly (artist), Ben Weasel (pundit), Cristy Road (artist), Al Burian (writer), Brea Grant (actress), AK Press, Ian Mackaye (Dischord Records) and Boxcar Books. Punk is not just about music (and fashion)...grab this book to know more. 

Friday, May 17, 2013

ulasan: Pengembaraan Tanah Kusir (buku)

Dengan jadual yang ketat berkempen untuk PRU13, aku berjaya habiskan membaca buku ni dalam dua hari sahaja. Sebenarnya memang aku eksited bila tahu Din Akar tulis buku ni. Tak banyak buku khusus tentang budaya punk yang diterbitkan di Malaysia. Yang aku tahu buku Punk Rock, Anarki di Kuala Lumpur (fiksyen), Aksi Reaksi dan ini yang terbaru.

Siapa tak kenal Din Akar? Zinenya Roots antara zine berbahasa melayu yang sangat berpengaruh di Malaysia. Siapa yang biasa dengan zine Roots dapat mengagak cara dia menulis, tapi sebab dia pun dah lama tak keluar isu baru aku dah lupa stail dia menulis. Membaca buku ini terutamanya separuh bahagian yang pertama buat aku ketawa terbahak-bahak sorang-sorang. Nak putus urat perut aku dibuatnya sebab gaya bahasanya yang bersahaja.

Okey, buku ni sebenarnya mengenai perjalanan Din mengikut band Hellexist (dari Johor Bharu) main gig di Jakarta Indonesia bersama band Jepun, Singapura dan Indonesia yang lain. Senang kata travelogue-lah. Memang kenalah dengan taste aku. Tebal juga dan layoutnya cantik kemas macam layout buku-buku kontemporari, stail gambar-gambar penuh satu muka. Gambar yang Din ambil pun rasanya ramai tahu, mesti cantik-cantik terutama gambar live.

Orang kata 'you are what you read'. Aku rasa memang betul. Lepas baca buku ni aku pun terikut gaya bahasa Din bila bercakap atau berpikir. Kah kah kah...Rasanya daripada sumber yang boleh dipercayai, buku ni fast-selling. Cepat dapatkan dari Neon Terbit atau Din sendiri.

kredit foto: Pidot Green Peace

dapatkan dari http://neonterbit.blogspot.com

Thursday, March 28, 2013

Sudah Keluar: Aksi Reaksi 2

Bulan Januari 2012 lepas, kawan kami Zulhabri (Pekan Frinjan) ada terbitkan buku kami Aksi Reaksi sebanyak 100 salinan. Buku tu dah lama sold-out. Lepas tu harini, dengan bantuan Anuar dari Perak Alternatif Press & Distro, kami terbitkan buku Aksi Reaksi 2. Kalini isi dah ditambah dan dikemaskini. Juga ada prakata oleh Hishamuddin Rais (Tukar Tiub). 110 muka surat bersaiz A6 (sesuai utk traveller masukkan dalam kocek). Ikuti perjalanan band ni, asam garam, naik turun, pengalaman kami dan juga sikit sebanyak perihal scene punk, hardcore, indie, seni, politik, muda-mudi tempatan. harga RM15 (tambah RM5 untuk pos ekspress).

Thursday, August 16, 2012

Out Now: Mat Tiara book

Koleksi cerita-cerita pendek dari editor zine Neon/Hardcore is a Feeling. RM20...kelakar.