Friday, January 22, 2016

Ngap! #6

Zine komik Ngap! kembali lagi dengan isu terbaru, #6. Seperti biasa komik zine satira ini banyak mengetengahkan kritik sosial dan isu-isu semasa serta cerita-cerita rilek-rilek. Antara isu yang ada adalah cerita 2.6 Billion, 1MDB, Bomoh 1 Malaysia dan banyak juga unsur nasihat dalam komik zine ini...

Tuyuk, editor Ngap! juga merupakan pelukis sepenuh masa. Antara aktiviti cari makan yang dilakukan beliau selain jual zine adalah melukis karikatur di acara-acara sekitar lembah klang. Jadi, sokonglah usaha hidup mandiri seperti ini.
Kalau beli zine ni, dapat percuma karikatur anda dan juga button badge seperti dalam gambar.

Boleh email ke firdaus501@gmail.com atau terus telefon 0132229369 untuk dapatkan zine ini atau menempah karikatur atau apa-apa projek ilustrasi/design.

Thursday, January 21, 2016

Korup


Zine yang banyak menceritakan idea-idea asas dalam punk rock melalui pengalaman editornya, Eiman. Ada juga sebenarnya yang mencari zine-zine macam ni dari aku, harap dia bacalah ulasan ni dan dapatkan zine ni.

Aku suka cerita 'Barang Punk Kena Rampas'...

"Pagi ni lambat sampai sekolah. Dalam 7.30 camtu baru sampai. sebab jam. Macam biasalah aku: rambut panjang (sebab nak jadi macam abam punk d-beat), belt anarki, tie banyak button, beg berpatcheskan band The Exploited. Agak selekeh jugalah".

Ada juga cerita pengalaman editor menyertai demo anti-GST pada 1 Mei 2015. Okey jugak zine ni, suara punk rocker muda yang darahnya tengah panas bergelegak.

Susunatur dalaman ditaip di MS Word dan disusun menggunakan teknik potong dan tampal. Ada empat mukasurat yang menggunakan tulisan tangan. Ilustrasi pada kulit depan rasanya hasil kerja editornya sendiri seperti dalam ceritanya dalam zine ni, dia memang gemar lukis tengkorak dan buku yang penuh dengan lukisannya telah selamat dirampas cikgu. Harapnya beliau masukkan banyak lagi lukisannya dalam zine yang akan mendatang. Dalam zine ni tiada lukisan mungkin sebab dah kena rampas oleh cikgu.

Zine zaman sekarang bagi instagram je ya. Bagi alamat e-mel kan lebih elok.

Cari kat instagram @wanmuhdeiman


Wednesday, January 20, 2016

Laku Musnah isu pertama dan terakhir Disember 2015


Aku dapat zine ni percuma di KL zine fest 2015, reruai Dystopia Assembly. Misteri juga pada mulanya meneka zine siapa pulak ni. Semua orang kenal penulis zine ni, kata mereka. Bila aku belek-belek zine ni lepas beberapa minggu KL zine fest, aku dapat agak siapa gerangan penulisnya kerana ada gambarnya bersama emaknya pada satu mukasurat. Memang ramai yang kenal dengan dia ni aku rasa.

Aku selalu like post-post yang disharenya di facebook. Oh ya, zine ini menghimpunkan tulisan-tulisan pendek gila dan ada yang lebih panjang dari facebooknya. Mula-mula banyak cerita pasal Hari Rayanya yang lain macam sikit dari kebanyakan orang, pasal keluarga dan kampungnya.

Catatan-catatan luahan perasaan banyak juga dalam ni. Ada juga beberapa puisi dan satu survey tentang lelaki kemas vs lelaki serabai. Harga zine ni yang tercatat pada kulit adalah RM1 je. Murah betul walaupun kulit dicetak warna.

Entah, nak beli konteklah lakumusnah@gmail.com

Monday, January 18, 2016

Pedal To The Metal isu #1


Pedal To The Metal merupakan zine baru oleh Raimi yang sebelum ini menerbitkan zine muzik metal, Kemenyan. Zine ini lebih menumpukan pada travelog jelajah berbasikal (sambil beramal) ke acara-acara seperti gig dan berjumpa kenalan di daerah lain.

Isu kali ini turut memuatkan temuramah panjang lebar bersama Anita Yusof, seorang pengemabara bermotorsikal solo yang agak terkenal aku kira dan pernah menanggotai kumpulan rock wanita Sherox. Aku turut ditemuramah secara panjang lebar juga mengenai transplant dan aktiviti scene.



Selain itu, isu perdana ini turut memuatkan lukisan oleh Abi Suffian, ulasan muzik Ghuluw (macam kugiran Debu tu) dan juga artikel tentang band Abbath. Kertas yang berkualiti dan susunatur yang kemas membuatkan zine ni mudah dan selesa untuk dibaca terutamanya pada tulisan travelog yang panjang-panjang tu.

PS: Aku suka tunjuk gambar band Abbath pada kulit belakang ni pada anak buah aku yang berusia 4 tahun, hahahhaha!



email: faithcraftproductions@yahoo.com

Kuala Lumpur Zine Fest 2015 report and pix




Kuala Lumpur Zine Fest and Distro Day Out 2015 was held at Findars Art Gallery in the heart of Kuala Lumpur on 19 December 2015 and started around 12 pm.



About 15 zine editors and publishers took part; Comicore Club, Cukong Press, Sky, Ltlstvnch, Pustakata, Geng Gelabah, Legasi Oakheart, Zine Satu Malam, Mosh, Repulsive regurgitate, Altar and others. Other vendors were selling books, tapes and compact discs and other souvenirs such as button badges and keychains.


Some new zines were launched on that day; Futuhat, Psychotic Art zine issue 21, Oh Jeng! and Distopia trial issue.


The event was enlivened with music and poetry performances by Mimpi Rusak, Man Dugong dan Bangsi Hikmat, Le'Lagoo, Riz Morales and Chow Kit Kids. Video and documentary films were also screened at around 2pm. Among the videos are about the zine scene in United States, Zine Fest in Bandung, Indonesia and Kuala Lumpur Zine Fest and Distro Day Fest 2012.


In the afternoon session, a forum was held that includes six panels who are active and productive in the zine scene. The panels were Bob (Gedegang comic zine!) Zaki (A Dream? zine), Shaznihanis (Comicore Club), Talib (Altar! zine), Nizang (Mosh zine). The discussion was about the local zine scene and it was moderated by a zine enthusiast, Khasteena.


About 400 visitors were present at the Kuala Lumpur zine fest and Distro Day this year around. Thanks to Ieda Mazlan and Sarajevo Amira Maisara who worked hard to make the KL Zine fest and Distro Day Out this time happened.

















Altar! isu 04


Isu ke 3 zine ini telah dikeluarkan pada tahun 2011 bermotivasikan acara KL Zine Fest 2012. Akhirnya isu ke 4 berjaya dikeluarkan dan dilancarkan pada acara KL Zine Fest 2015. Seperti biasa, ada beberapa masalah yang dihadapi editor dan diceritakan dalam ruangan editorial.

Seterusnya, zine ini disambung dengan temuramah panjang lebar dengan Husni/Aboi iaitu drummer kugiran SMG. Temuramah banyak menyentuh tentang aktiviti seni lukis/tampak beliau (beliau ada buat solo exhibition kalau tak silap), zine yang beliau terbitkan dulu Detention serta aktiviti scene yang lain. Temuramah lain adalah dengan band grindcore dari Kulai, Alchemy Of Sickness dan band grindcore Lembah Klang, Tools Of The Trade. Semua temuramah dibuat panjang lebar dan puas hati sesudah dibaca.  

Azizi Grindcore banyak menyumbangkan hasil tulisan dalam isu kali ini iaitu artikel tentang band Fall Of Efrafa dan juga ulasan bahan-bahan muzik bising.

Walaupun tulisan dan temuramah dalam isu ini banyak yang agak lama, tapi informasinya kekal segar dan takkan basi. Susunatur grafik sangat kemas dan mudah dihadam isinya. 

Ok go.

altardanaksara@gmail.com






Thursday, January 14, 2016

I Don't Bring Along My Budu


Zine ini merupakan buah tangan terbaru oleh Ainchah Daud yang sebelum ini menerbitkan zine seni/puisi NAIF. Zine ini, seperti juga NAIF banyak menampilkan ilustrasi-ilustrasi oleh Ainchah Daud.

Aku suka zine Budu ini kerana banyak dimuatkan tulisan dan pendapat editor tentang isu-isu di sekeliling beliau. Antara tulisan yang menarik adalah tentang negeri yang didiami Ainchah iaitu Kelantan yang turut menyentuh tentang 'serambi mekah' dan 'medan ilmu'. Ada kisah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak semasa beliau belajar mengaji dengan Pak Su Hussin.

Ada juga tulisan panjang lebar tentang bisnes online beliau 'Ltlstvnch' yang banyak menjual totebag (jahit sendiri?) dan patches. Banyak rintangan-rintangan berbisnes dikongsikan seperti Final Exam, banjir besar Kelantan 2014, dan pelanggan yang kurang memahami masalah. Sedih juga bila baca tentang koleksi peribadi kesayangan dan modal perniagaan rosak dek banjir besar.

Ada juga ulasan buku 'Sistem Kerah Di Kelantan' yang ditulis panjang lebar. Zine yang seronok dibaca sebab banyak pendapat peribadi dan luahan perasaan terhadap keadaan sekeliling. Ada lagi tulisan-tulisan lain disamping hasil seni dan ilustrasi yang banyak, cuba dapatkan sendiri.

Diharapkan zine ini diteruskan dan terus produktif. Aku dapat zine ini dengan gaya trade semasa KL Zine Fest baru-baru ni. Anda boleh hubungi editor di sini:

sektogokbudu@gmail.com