Wednesday, June 12, 2019

DRSA vol. 13

Boleh dikatakan aku baca keluaran terbaru DRSA ni "in one sitting", tak ambil masa yang lama untuk aku habiskan.

DRSA isu-isu terbaru agak santai dan tak berat macam era awal dulu, era 90an dan awal 2000-an. DRSA pun dah jarang keluar, mungkin ikut mood dan kesesuaian. Isu ini disiapkan sempena Dungun Mini Zine Fest yang diadakan baru-baru ni dimana Fazri menetap.

Antara sebab lain aku dapat habiskan bacaan dengan cepat mungkin sebab interview dengan band-band yang aku sangat suka;  Si Bunga Hitam dan RTJ -keduanya band Indonesia. Interview dengan Protest (Singapura) sangat ringkas tapi memadai. Selain itu ada juga interview dengan Mim Zainol dari Borneo Komrad yang menjelajah semenanjung Malaysia dengan berbasikal untuk berkongsi tentang 'Sekolah Alternatif'.

Apa yang menariknya, interview dengan RTJ dilakukan secara bersemuka di rumah Fazri masa RTJ buat persembahan di Dungun tempohari. Membaca ulasan kaset RTJ saja dah sedap dan buat aku teruja untuk mendapatkan CD mereka nanti.

Tulisan-tulisan dalam ini seputar kesihatan dan pengembaraan berbasikal. Ada juga terselit sumbangan tulisan dan lukisan teman-teman.

DRSA - dok rok skepeng abuk

Cikgu, bila next isu nok tubik?

No comments:

Post a Comment