Zine komik Ngap! kembali lagi dengan isu terbaru, #6. Seperti biasa komik zine satira ini banyak mengetengahkan kritik sosial dan isu-isu semasa serta cerita-cerita rilek-rilek. Antara isu yang ada adalah cerita 2.6 Billion, 1MDB, Bomoh 1 Malaysia dan banyak juga unsur nasihat dalam komik zine ini...
Tuyuk, editor Ngap! juga merupakan pelukis sepenuh masa. Antara aktiviti cari makan yang dilakukan beliau selain jual zine adalah melukis karikatur di acara-acara sekitar lembah klang. Jadi, sokonglah usaha hidup mandiri seperti ini.
Kalau beli zine ni, dapat percuma karikatur anda dan juga button badge seperti dalam gambar.
Boleh email ke firdaus501@gmail.com atau terus telefon 0132229369 untuk dapatkan zine ini atau menempah karikatur atau apa-apa projek ilustrasi/design.
Showing posts with label comix. Show all posts
Showing posts with label comix. Show all posts
Friday, January 22, 2016
Sunday, May 18, 2014
29 DAYS NOW PANIC AND FREAK OUT
29 DAYS merupakan zine komik yang dihasilkan oleh Nizam Bin Daud dari Shah Alam. Ada cerita menarik disebalik penghasilan zine komik ini. Zine komik ini dihasilkan semasa Nizam menjalani rawatan Hemodialisis (Cuci Darah) di HKL. Beliau mengalami sakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis. Satu sesi rawatan mengambil masa kira-kira empat jam dan beberapa kali seminggu. Ada orang mengisi masa ini dengan membaca surat khabar atau buku. Lain pula bagi Nizam yang mengisi masa Hemodialisis-nya dengan menghasilkan zine komik. Kisah yang diceritakan adalah tentang fikiran dan keadaan dirinya yang dalam kekeliruan kerana menghadapi ketidaksihatan. Menurut Nizam, beliau sedang mengusahakan isu terbaru. Namun isu ini masih boleh didapati dari aku (Nizang) dengan harga RM5. Percuma sepapan ubat dengan setiap naskah.
Wednesday, May 14, 2014
YAK BOK TE #2
Zine komik Yak Bok Te! kembali dengan isu kedua. Masih seperti isu pertama, memuatkan lukisan-lukisan kartun tentang isu semasa, politik dan pengalaman peribadi pelukis iaitu Amin Landak. Isu kali ini turut memuatkan sebuah artikel berjudul 'Sokonglah Komik Tempatan' yang mengulas tentang masalah komik tempatan yang tak tahan lama kerana terpaksa bersaing dengan lambakan komik luar negara yang berada di pasaran. Sokong komik tempatan agar tidak pupus, sokong Yak Bok Te!
Like di facebook.
Like di facebook.
Thursday, April 10, 2014
GELABAH Isu 3
Tak pernahku sangka di Malaysia akan ada mereka yang
menerbitkan zine sebagai punca rezeki utama. Respek!!! Inilah antara zine komik yang pembikinnya terbitkan sebagai sumber rezeki utama. Zine komik GELABAH kembali dengan isu ketiga. Masih seperti isu lepas, menampilkan komik-komik humor. Tetapi untuk isu kali ni, ada kelainan iaitu turut memuatkan temuramah dan rencana. Temuramah untuk kali ini adalah dengan seorang otai industri kartun Malaysia iaitu Rodin yang pernah melukis dan bekerja untuk banyak publikasi komik di Malaysia sejak tahun 1985 termasuklah Gelihati, Bambino, Gila-Gila dan zaman awal majalah Ujang. Rencana kali ni ditulis oleh Ronasina tentang industri kartun di Malaysia. Aku suka komik yang dilukis oleh Kia Kartunis kerana dia melukis tentang isu-isu semasa siap dia buh sekali keratan surat khabar tentang isu yang dia lukiskan.
RM5.
Add Komik Gelabah di Facebook
0174255117
Wednesday, December 4, 2013
zine baru: Yak Bok Te! #1
Yak Bok Te! merupakan sebuah zine komik yang baru di pasaran. Namanya adalah dalam loghat Kelatan untuk 'Hek Eleh'. Dengar khabar sangat laris dan sudah masuk cetakan ketiga. Minggu lepas, di acara dua hari Comic Fiesta, ia terjual 50 salinan.
Isi kandungannya banyak menceritakan tentang politik, isu semasa dan pengalaman. Cerita-ceritanya ringkas tapi padat. Lukisan dan stail komik dia aku rasa sangat boleh dipuji. Bila ditanya, pernah hantar karya ke mana-mana majalah komik arus perdana. Jawab Amin, belum pernah sebab mungkin tidak mahu terikat dengan syarikat. Ini power!
RM5.
lawati https://www.facebook.com/pages/Yak-Bok-Te/593747667340946
Tuesday, September 10, 2013
Ulasan: GELABAH indie comic
Masa KLZF 2013 tempohari, aku ada beli beberapa komik dari gerai Geng Gelabah. Gelabah adalah komik zine dengan hasil sumbangan beberapa komik artis/kartunis independen dari Malaysia. Formatnya lebih kurang macam majalah Gila-Gila atau Ujang cuma ianya bersaiz A5 dan hanya kulit yang bercetak warna. Aku kagum juga dengan usaha mereka, ya lah kalau nak hantar ke majalah professional mungkin tak semua karya kita akan diterima, jadi terbitkan sendiri majalah komik. Tapi majalah komik ni takde artikel, ruangan surat dan tulisan-tulisan panjang yang lain. Yang ada tulisan hanyalah intro pada muka pertama, muka-muka lepas tu hanya dimuatkan koleksi kartun semuka dan ada juga yang dua atau tiga muka. Ada jugak yang kelakar ada jugak yang tak kelakar, bukan mudah nak buat orang ketawa, yah...kalau berminat boleh kontek:
facebook.com/komikgelabah
atau gogelabah.blogspot.com
facebook.com/komikgelabah
atau gogelabah.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)