Zine komik Ngap! kembali lagi dengan isu terbaru, #6. Seperti biasa komik zine satira ini banyak mengetengahkan kritik sosial dan isu-isu semasa serta cerita-cerita rilek-rilek. Antara isu yang ada adalah cerita 2.6 Billion, 1MDB, Bomoh 1 Malaysia dan banyak juga unsur nasihat dalam komik zine ini...
Tuyuk, editor Ngap! juga merupakan pelukis sepenuh masa. Antara aktiviti cari makan yang dilakukan beliau selain jual zine adalah melukis karikatur di acara-acara sekitar lembah klang. Jadi, sokonglah usaha hidup mandiri seperti ini.
Kalau beli zine ni, dapat percuma karikatur anda dan juga button badge seperti dalam gambar.
Boleh email ke firdaus501@gmail.com atau terus telefon 0132229369 untuk dapatkan zine ini atau menempah karikatur atau apa-apa projek ilustrasi/design.
Showing posts with label artzine. Show all posts
Showing posts with label artzine. Show all posts
Friday, January 22, 2016
Thursday, January 14, 2016
I Don't Bring Along My Budu
Zine ini merupakan buah tangan terbaru oleh Ainchah Daud yang sebelum ini menerbitkan zine seni/puisi NAIF. Zine ini, seperti juga NAIF banyak menampilkan ilustrasi-ilustrasi oleh Ainchah Daud.
Aku suka zine Budu ini kerana banyak dimuatkan tulisan dan pendapat editor tentang isu-isu di sekeliling beliau. Antara tulisan yang menarik adalah tentang negeri yang didiami Ainchah iaitu Kelantan yang turut menyentuh tentang 'serambi mekah' dan 'medan ilmu'. Ada kisah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak semasa beliau belajar mengaji dengan Pak Su Hussin.
Ada juga tulisan panjang lebar tentang bisnes online beliau 'Ltlstvnch' yang banyak menjual totebag (jahit sendiri?) dan patches. Banyak rintangan-rintangan berbisnes dikongsikan seperti Final Exam, banjir besar Kelantan 2014, dan pelanggan yang kurang memahami masalah. Sedih juga bila baca tentang koleksi peribadi kesayangan dan modal perniagaan rosak dek banjir besar.
Ada juga ulasan buku 'Sistem Kerah Di Kelantan' yang ditulis panjang lebar. Zine yang seronok dibaca sebab banyak pendapat peribadi dan luahan perasaan terhadap keadaan sekeliling. Ada lagi tulisan-tulisan lain disamping hasil seni dan ilustrasi yang banyak, cuba dapatkan sendiri.
Diharapkan zine ini diteruskan dan terus produktif. Aku dapat zine ini dengan gaya trade semasa KL Zine Fest baru-baru ni. Anda boleh hubungi editor di sini:
sektogokbudu@gmail.com
Monday, November 17, 2014
Pena Hitam #4
Fanzine Ilustrasi Penahitam kembali dengan isu ke-4. Fanzine ini dicetak secara proffesional dan juga perfect bound. Di dalamnya tersiar ilustrasi-ilustrasi oleh artis dari Indonesia dan negara-negara lain. Ilustrasi-ilustrasi yang ditampilkan sangat detail dan menunjukkan gaya dan identiti tersendiri setiap artis. Kebanyakan artis juga ditemuramah tentang teknik, masa yang diambil dan juga media yang digunakan. Kebanyakan tulisan juga ditulis dalam dwibahasa iaitu Bahasa Indonesia dan Inggeris. Turut dikepilkan adalah sticker (berwarna kuning), dan calendar (berwarna merah) secara percuma.
Aku dapatkan zine ini dengan harga RM25 dari Lot Buku. Mungkin mereka masih ada stok. Di dalam zine ini tertera alamat Tandang Store sebagai wakil penjual di Malaysia. Boleh hubungi mereka di cactusdistro@yahoo.com atau terus hubungi PainSugar editor zine ini penahitam_fanzine@yahoo.com
Wednesday, November 12, 2014
Ulasan: Paragila #2
Ieda Mazlan kembali lagi dengan isu kedua. Isu kali ini
dikeluarkan dengan beberapa cover design yang berlainan. Salinan yang aku dapat
menampilkan lukisan tangan seseorang menunjukkan jari tengah yang ditumbuhi daun dan bunga, ini
memang stail atau trademark Ieda. Dia juga banyak buat hand-drawing stail ini pada tote-bag yang dia jual.
Isu kali ini dibuka dengan ulasan ringkas band-band di gig Generate Generate #2. Temuramah pula menampilkan seorang pelajar tahun akhir jurusan tekstil. Ada tulisan tentang Zul Fikri Zamir, pengasas Teach For The Needs yang juga menulis buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang dan Pedagogi Bahasa Tertindas. Banyak lagi tulisan-tulisan dan puisi-puisi kehidupan dalam ni, dan beberapa doodle/lukisan. Aku tertarik dengan karangan bertajuk 'Kucing Jalanan', sebuah kisah benar mungkin. Dapatkan zine ni.
Isu kali ini dibuka dengan ulasan ringkas band-band di gig Generate Generate #2. Temuramah pula menampilkan seorang pelajar tahun akhir jurusan tekstil. Ada tulisan tentang Zul Fikri Zamir, pengasas Teach For The Needs yang juga menulis buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang dan Pedagogi Bahasa Tertindas. Banyak lagi tulisan-tulisan dan puisi-puisi kehidupan dalam ni, dan beberapa doodle/lukisan. Aku tertarik dengan karangan bertajuk 'Kucing Jalanan', sebuah kisah benar mungkin. Dapatkan zine ni.
Ieda Mazlan
B-4-5 Apartment Dahlia, Taman Setapak Jaya, Sri Rampai,
Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Monday, November 10, 2014
Ulasan: Dead Sick Society zine #0 (oleh Amran)
D.S.S. bersamaan dengan Dead Sick Society, yang kalau di nilai dari nama
zine ini mungkin kita boleh mengharapkan satu kritikan sosial yang
bertalu. Apa benar itu? Ada apa pada nama?
Ada satu cerpen yang di muatkan di dalam zine ini yang bertajuk Kehinaan Yang Ironi. Pada mulanya aku ingatkan ianya satu cerpen yang berkisahkan Aku Seekor Kucing, rupa-rupanya ianya adalah Aku Seekor Gagak, itupun disaat-saat perkataan 'sayap'tu keluar baru aku mengesyakinya, mana mungkin kucing memiliki sayap kan? Melainkan kalau kucing dari neraka:) ralit juga membaca cerpen ini sebenarnya, walaupun ianya sekadar ringan-ringan aje.
Mohon ampun tuan editor, tapi aku masih merasakan zine ni masih "ringan-ringan", tapi adakah bermakna ianya tidak bagus?
Bagus atau tidak itu sebenarnya bergantung kepada persepsi dan kecenderungan kamu, jadi kamu dapatkanlah zine ni dan nilaikan sendiri. Bagi sebuah permulaan, aku melihat zine ini sedang cuba membina denai-denai ke arah menjadi zine sastera atau art yang "promising" (apa ye perkataannya dalam BM:)). Usaha yang tak seharusnya mati di tengah jalan, teruskan berkarya!
On personal case, editor zine ni mengirimkan zine ni kat aku menggunakan sampul Poslaju yang berharga RM6, sebenarnya Fauzan boleh gunakan khidmat sampul PosExpress yang berharga RM3.50 tu, lagi menjimatkan. Aku pun dah lupa harga zine ni, so korang boleh try berhubung dengan :-
Facebook.com/uchanyfauzan
Facebook.com/tajrin faruqi
Thursday, June 12, 2014
RUANG
Ini keluaran pertama zine Ruang dari Temerloh. Zine ini memuatkan banyak cerpen dan rencana pendek, kisah-kisah dalam kehidupan dan tentang muzik. Hampir separuh dari zine ini memuatkan artwork-artwork dari Bratbrain. Stail lukisannya boleh ditengok dari muka depan zine ini. Cukup baik dan kemas untuk isu perdana. Kita tunggu isu seterusnya.
facebook.com/bratbrain
facebook.com/bratbrain
Sunday, May 18, 2014
29 DAYS NOW PANIC AND FREAK OUT
29 DAYS merupakan zine komik yang dihasilkan oleh Nizam Bin Daud dari Shah Alam. Ada cerita menarik disebalik penghasilan zine komik ini. Zine komik ini dihasilkan semasa Nizam menjalani rawatan Hemodialisis (Cuci Darah) di HKL. Beliau mengalami sakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis. Satu sesi rawatan mengambil masa kira-kira empat jam dan beberapa kali seminggu. Ada orang mengisi masa ini dengan membaca surat khabar atau buku. Lain pula bagi Nizam yang mengisi masa Hemodialisis-nya dengan menghasilkan zine komik. Kisah yang diceritakan adalah tentang fikiran dan keadaan dirinya yang dalam kekeliruan kerana menghadapi ketidaksihatan. Menurut Nizam, beliau sedang mengusahakan isu terbaru. Namun isu ini masih boleh didapati dari aku (Nizang) dengan harga RM5. Percuma sepapan ubat dengan setiap naskah.
Wednesday, May 14, 2014
YAK BOK TE #2
Zine komik Yak Bok Te! kembali dengan isu kedua. Masih seperti isu pertama, memuatkan lukisan-lukisan kartun tentang isu semasa, politik dan pengalaman peribadi pelukis iaitu Amin Landak. Isu kali ini turut memuatkan sebuah artikel berjudul 'Sokonglah Komik Tempatan' yang mengulas tentang masalah komik tempatan yang tak tahan lama kerana terpaksa bersaing dengan lambakan komik luar negara yang berada di pasaran. Sokong komik tempatan agar tidak pupus, sokong Yak Bok Te!
Like di facebook.
Like di facebook.
Tuesday, May 6, 2014
CASPEL
Seni kulit untuk zine ni menarik perhatian aku untuk terus mendapatkannya. Kisah-kisah didalam zine ini juga berkisarkan dunia seni tampak...seperti yang ditonjolkan pada muka depan zine ni...Cuba dapatkannya dari daniel.caspelo@gmail.com
Thursday, May 1, 2014
Lelaki Gula-Gula Kapas & Gadis Lolipop
Zine yang dibuat oleh Aku Napie ni memuatkan lukisan-lukisan kartun beserta mutiara kata atau kata-kata motivasi. Petikan-petikan kata ini diambil dari sumber internet dan buku manakala lukisan kesemuanya Aku Napie yang lukis. Tidak ditulis macam mana nak order, mungkin boleh beli di event-event ataupun like page Komik Gelabah di facebook.
Tuesday, April 29, 2014
PSYCHOTIC ART ZINE APRIL 2014
Zine ini mula diwujudkan pada tahun 1998 dan isu terbaru adalah keluaran yang ke-14. Dulu ada lagi beberapa art zine yang diterbitkan di Malaysia seperti Heartwork dan Hardcore Is A Feeling yang keluar satu isu saja dan Core Peps yang dikeluarkan beberapa issue. Zine ini juga mengingatkan aku pada zine Sampah Karat yang dipenuhi puisi dan lukisan.
Rasanya lama juga zine ni senyap dan dibangkitkan kembali tahun lalu dalam bentuk buku koleksi art terpilih. Bind jadi buku secara D.I.Y dirumah guna gam kayu.
Ini isu terbaru PAZ yang menggunakan digital print atas kertas keras untuk kulit. Dalam isu ini ada banyak puisi dan lukisan dari editor dan penyumbang-penyumbang seperti Abu Abbas (Intoksikasi zine), Farez (Anak Bumi), Norman Jelita, Ilham Adepermana. Turut dimuatkan temuramah dengan Jason 'Evil' Covelli dari Amerika yang melukis kulit depan isu kali ini. Ada juga satu cerpen tentang scene dangdut di sebuah kampung...kesudahan yang menyedihkan...hmmh...kecuali untuk Jimmy Irama dan Zaleha Hamid. Sebenarnya ini kali pertama aku dapat zine ini, yang dibukukan tu laku sangat sampai aku tak sempat dapatkan. Jadi, aku tak boleh nak bandingkan dengan isu-isu lama.
Hantarkan karya anda untuk isu akan datang!
Contact:
www.psychoticartzine.blogspot.com
sickscreen_p@yahoo.com
twitter: @amir_fadli
Friday, April 11, 2014
Monday, December 23, 2013
Bahang Tanoh Jilat Chok
Aku suka layout zine ni, menggunakan teknik potong dan tampal. Tajuk zine ini menggunakan bahasa Terengganu, kalau tak silap maksudnya 'nasib yang malang'. Banyak lukisan ala-ala doodle yang dimuatkan dan juga tulisan tangan. Tulisan dalam zine ini adalah puisi-puisi semata. Ini merupakan zine puisi baru yang datang dari Kuala Berang yang baru-baru ini dilanda banjir teruk. Rasanya isu kali ini dibuat dengan cetakan terhad sahaja. Mungkin anda boleh menunggu keluaran terbaru nanti.
Tiada alamat surat-menyurat disertakan. Editornya boleh dihubungi melalui fesbuk
https://www.facebook.com/whocarehuh?fref=ts
Wednesday, December 4, 2013
zine baru: Yak Bok Te! #1
Yak Bok Te! merupakan sebuah zine komik yang baru di pasaran. Namanya adalah dalam loghat Kelatan untuk 'Hek Eleh'. Dengar khabar sangat laris dan sudah masuk cetakan ketiga. Minggu lepas, di acara dua hari Comic Fiesta, ia terjual 50 salinan.
Isi kandungannya banyak menceritakan tentang politik, isu semasa dan pengalaman. Cerita-ceritanya ringkas tapi padat. Lukisan dan stail komik dia aku rasa sangat boleh dipuji. Bila ditanya, pernah hantar karya ke mana-mana majalah komik arus perdana. Jawab Amin, belum pernah sebab mungkin tidak mahu terikat dengan syarikat. Ini power!
RM5.
lawati https://www.facebook.com/pages/Yak-Bok-Te/593747667340946
Wednesday, November 20, 2013
Psychotic Art Zine (Book)
Long running local art-zine "Psychotic Art Zine" has compiled their works and self-published them in a book form. Support!
Contact:
019-248 5758
amirfadli2@yahoo.com
Tuesday, September 10, 2013
Ulasan: GELABAH indie comic
Masa KLZF 2013 tempohari, aku ada beli beberapa komik dari gerai Geng Gelabah. Gelabah adalah komik zine dengan hasil sumbangan beberapa komik artis/kartunis independen dari Malaysia. Formatnya lebih kurang macam majalah Gila-Gila atau Ujang cuma ianya bersaiz A5 dan hanya kulit yang bercetak warna. Aku kagum juga dengan usaha mereka, ya lah kalau nak hantar ke majalah professional mungkin tak semua karya kita akan diterima, jadi terbitkan sendiri majalah komik. Tapi majalah komik ni takde artikel, ruangan surat dan tulisan-tulisan panjang yang lain. Yang ada tulisan hanyalah intro pada muka pertama, muka-muka lepas tu hanya dimuatkan koleksi kartun semuka dan ada juga yang dua atau tiga muka. Ada jugak yang kelakar ada jugak yang tak kelakar, bukan mudah nak buat orang ketawa, yah...kalau berminat boleh kontek:
facebook.com/komikgelabah
atau gogelabah.blogspot.com
facebook.com/komikgelabah
atau gogelabah.blogspot.com
Thursday, September 5, 2013
Ulasan: zine TEEN x POPISTYLE
Jarang-jarang dapat baca zine yang 100% tulisan tangan dari
scene local, ini antara yang terbaru. Zine ini kelihatan seakan zine split
antara ‘Aku, Dia & Kita: Seni’ dan ‘Sama & Rata: Sains’ dan dilakukan
oleh editor yang sama. Sebenarnya ia adalah zine TEEN x POPISTYLE dan mempunyani dua bahagian. Agak mengelirukan kerana tiada nama zine pada cover. Kedua-dua bahagian boleh dikategorikan sebagai zine peribadi
(perzine). Satu bahagian untuk subjek sains dan sebelah lagi untuk subjek seni. Di bahagian Aku,
Dia & Kita: Seni, pastilah banyak memaparkan lukisan (ala doodle), juga ada
tulisan tentang citarasa muzik dan pendapat tentang industry muzik tersebut,
dua buah puisi, perkaitan sains dan seni, berita sarkastik tentang isu jenayah
di Malaysia yang menjadi-jadi, ulasan dan penerangan lagu M. Nasir ‘Tanya Sama
Itu Hud-hud’ dan tulisan kempen membaca (termasuklah baca zine). Untuk bahagian
Sama & Rata: Sains pula ada cerita tentang pengalaman ganjil ketika berqiamulail
di bulan puasa, tentang cinta, puisi islamik, artikel tentang cara solat yang
betul, ‘Negara Haram Israel’, dan tentang hak royalti minyak Kelantan dan
Terengganu yang diseleweng pihak tidak bertanggungjawab. Pada bahagian tengah
zine, ada lukisan 3D dari editornya. Tulisan tangannya agak mudah untuk dibaca,
boleh tahan untuk isu pertama.
kontek:
www.facebook.com/TeenPopistyle
0145154074 (Syahmi)
Thursday, August 29, 2013
Ulasan: Zine DALAM MEJA HITAM
Iznan Rafa merupakan seorang hc/punk artis yang pernah membuat pameran koleksinya di Punk Rock Art Exhibition di Rumah Api, Kuala Lumpur Zine Fest di Ampang dan lain-lain. Lukisan-lukisannya banyak dimuatkan dalam zine yang dibuat bersama kawan-kawannya iaitu Think Smart Act Blur dan zine-zine lain seperti Mosh, Norifumi, Aksi Reaksi dan Homesick.
Art zine baru ini mengumpulkan beberapa karya olehnya. Ia bersaiz A6 dan berharga RM3 sekali upah pos (tapi aku dapat dua salinan). Boleh pos well-hidden cash atau gunakan maybank2u. Memang berbakat dia ni, dan disarankan untuk mereka yang minat dengan seni lukisan atau illustrasi.
Kontek:
Iznan Rafa, No. 2, Jalan Baiduri 2A, Taman Desa Baiduri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
iznan79@gmail.com
Art zine baru ini mengumpulkan beberapa karya olehnya. Ia bersaiz A6 dan berharga RM3 sekali upah pos (tapi aku dapat dua salinan). Boleh pos well-hidden cash atau gunakan maybank2u. Memang berbakat dia ni, dan disarankan untuk mereka yang minat dengan seni lukisan atau illustrasi.
Kontek:
Iznan Rafa, No. 2, Jalan Baiduri 2A, Taman Desa Baiduri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
iznan79@gmail.com
Friday, August 16, 2013
Ulasan: zine BILA AKU NGARUK... #1
Sebuah lagi zine yang aku dapat semasa KLZF2013, juga berasal dari Terengganu. Zine ini boleh dikategorikan sebagai art zine dan poetry zine. Banyak tulisan dan luahan perasaan tentang hidup, dan hal-hal sosio politik tanahair yang diluahkan. Dengan lukisan dan contengan (doodles) yang turut mengekspresikan tulisan-tulisan tersebut. Mungkin boleh dikemaskan lagi dalam bab lukisan, boleh diasah lagi...Tapi ini cukup bagus untuk isu perdana. Aku dapatkan zine ni dari Man Dugong (Whacko Jacko zine). Tiada email atau alamt disertakan dalam zine ni...sepatutnya sekurangnya sertakan email. Senang pembaca nak berkomunikasi. Nak beli atau nak komen atau nak bincang lanjut tentang isu-isu yang diketengahkan (kalau adalah, rasa sekarang dah takde budaya macam tu. Kalau era 90an dulu isu-isu dalam zine ni boleh jadi topik untuk berdebat dan siap bergaduh, kih kih kih!)...
Ulasan: zine BEBAS
Ini merupakan zine pertama keluaran kolektif Buku Jalanan
Kuala Terengganu. Ia menghimpunkan tulisan, puisi, anekdot dan lukisan
bertemakan ‘bebas’ dan perkara yang berkaitan. Menampilkan tujuh penyumbang
iaitu Azali, Sake, Azraao, Gabuha Kecil, Rashid Akhmal, Naim Azim dan Ashraf
Dzulkifli.
Tiada alamat atau email, tapi anda boleh like page Buku Jalanan Kuala Terengganu di facebook.
Labels:
artzine,
collective,
literature,
malaysia,
perzine,
poetry,
review
Subscribe to:
Posts (Atom)