Ini satu lagi zine yang aku dapat secara trade dengan Ainchah Daud masa acara KL Zine Fest tahun lepas. Simple saja zine ni dari segi rupanya.
Aku tak tahu kenapa tapi aku suka sangat zine yang dipotong dengan tak kemas. Contoh macam zine ni, menggunakan gunting, jadi ia tidak lurus dan tak kemas. Ada sense of urgency dan 'rugged' di situ yang buat aku sukakannya. Bukan seluar koyak saja 'rugged', tapi zine yang dipotong dengan herot macam ni pun 'rugged' pada mata aku. Ada sesiapa yang sama citarasa dengan aku?
Okey, walaupun dari segi susunatur, penggunaan font untuk zine ni isu ni nampak hambar, namun bukan isinya. Aku suka luahan penulis dalam 'MPKB sebagai Penutup Kepada Ruang Kreatif Untuk Remaja' dan 'Keperluan dan Kehendak'. Tulisan kedua lebih kepada menceritakan kesesakan hidup kita akibat kejatuhan nilai matawang kita.
Ada banyak interview dalam zine ni, sayangnya tiada sebarang gambar dalam isu kali ni. Interview bersama; Pasar Percuma KB, Wasted Youth KB, Kutu Buku Distro dan Darul Naim Squad, Oi! Oi!
Tiada alamat kontek...
Showing posts with label perzine. Show all posts
Showing posts with label perzine. Show all posts
Tuesday, March 1, 2016
Monday, February 15, 2016
Zine Distopia #00
Sarajevo kembali lagi dengan zine baru. Dulu beliau
produktif mengeluarkan zine bernama Jiwa Seorang Loser, aku dah lupa sampai isu
berapa. Agak lama menyepi dari menerbitkan zine, kini beliau tampil dengan
DISTOPIA. Isu percubaan ini dilancarkan di KL Zine Fest 2015 pada bulan Disember
lepas. Di dalam isu ini ada tulisan opini tentang Feminism yang dikatakan tidak
bertentangan dengan agama, cerita tentang keluarga, kenangan zaman sekolah dan
pengalaman bekerja dan cerita tentang Kuala Lumpur yang ada 50 shopping mall.
Rasanya semua masih ingat peristiwa Sarajevo yang diugut
rogol oleh seorang anggota polis semasa berada salam tahanan polis. Beliau ditahan
oleh polis selepas himpunan anti-GST pada 1 Mei tahun lalu. Beliau direman
selama empat hari di IPD Dang Wangi bersama 22 peserta himpunan yang lain.
Tuduhan terhadap beliau sangat tak masuk akal iaitu ‘bahan letupan dan hakisan’.
Semuanya diceritakan di sini namun tidak terperinici kerana tidak sanggup untuk
diceritakan dan ada juga yang beliau mahu simpan sendiri sahaja.
Semestinya isu kali ini ada temuramah dengan Ieda Mazlan,
salah seorang penggerak kolektif Makanan Bukan Periuk Api dan juga seorang
editor zine dan artis yang terkenal dengan trademark ‘tumbuh bunga’nya.
Disamping itu ada ulasan beberapa buku, zine dan muzik.
Isu depan akan terbit dengan tema ‘wanita’ dan anda disaran
menghantar karya anda.
Sarajevo Amira Maisara
No. 61 Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
012-2216553
zinedistopia@gmail.com
Thursday, January 21, 2016
Korup
Zine yang banyak menceritakan idea-idea asas dalam punk rock melalui pengalaman editornya, Eiman. Ada juga sebenarnya yang mencari zine-zine macam ni dari aku, harap dia bacalah ulasan ni dan dapatkan zine ni.
Aku suka cerita 'Barang Punk Kena Rampas'...
"Pagi ni lambat sampai sekolah. Dalam 7.30 camtu baru sampai. sebab jam. Macam biasalah aku: rambut panjang (sebab nak jadi macam abam punk d-beat), belt anarki, tie banyak button, beg berpatcheskan band The Exploited. Agak selekeh jugalah".
Ada juga cerita pengalaman editor menyertai demo anti-GST pada 1 Mei 2015. Okey jugak zine ni, suara punk rocker muda yang darahnya tengah panas bergelegak.
Susunatur dalaman ditaip di MS Word dan disusun menggunakan teknik potong dan tampal. Ada empat mukasurat yang menggunakan tulisan tangan. Ilustrasi pada kulit depan rasanya hasil kerja editornya sendiri seperti dalam ceritanya dalam zine ni, dia memang gemar lukis tengkorak dan buku yang penuh dengan lukisannya telah selamat dirampas cikgu. Harapnya beliau masukkan banyak lagi lukisannya dalam zine yang akan mendatang. Dalam zine ni tiada lukisan mungkin sebab dah kena rampas oleh cikgu.
Zine zaman sekarang bagi instagram je ya. Bagi alamat e-mel kan lebih elok.
Cari kat instagram @wanmuhdeiman
Wednesday, January 20, 2016
Laku Musnah isu pertama dan terakhir Disember 2015
Aku dapat zine ni percuma di KL zine fest 2015, reruai Dystopia Assembly. Misteri juga pada mulanya meneka zine siapa pulak ni. Semua orang kenal penulis zine ni, kata mereka. Bila aku belek-belek zine ni lepas beberapa minggu KL zine fest, aku dapat agak siapa gerangan penulisnya kerana ada gambarnya bersama emaknya pada satu mukasurat. Memang ramai yang kenal dengan dia ni aku rasa.
Aku selalu like post-post yang disharenya di facebook. Oh ya, zine ini menghimpunkan tulisan-tulisan pendek gila dan ada yang lebih panjang dari facebooknya. Mula-mula banyak cerita pasal Hari Rayanya yang lain macam sikit dari kebanyakan orang, pasal keluarga dan kampungnya.
Catatan-catatan luahan perasaan banyak juga dalam ni. Ada juga beberapa puisi dan satu survey tentang lelaki kemas vs lelaki serabai. Harga zine ni yang tercatat pada kulit adalah RM1 je. Murah betul walaupun kulit dicetak warna.
Entah, nak beli konteklah lakumusnah@gmail.com
Thursday, January 14, 2016
I Don't Bring Along My Budu
Zine ini merupakan buah tangan terbaru oleh Ainchah Daud yang sebelum ini menerbitkan zine seni/puisi NAIF. Zine ini, seperti juga NAIF banyak menampilkan ilustrasi-ilustrasi oleh Ainchah Daud.
Aku suka zine Budu ini kerana banyak dimuatkan tulisan dan pendapat editor tentang isu-isu di sekeliling beliau. Antara tulisan yang menarik adalah tentang negeri yang didiami Ainchah iaitu Kelantan yang turut menyentuh tentang 'serambi mekah' dan 'medan ilmu'. Ada kisah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak semasa beliau belajar mengaji dengan Pak Su Hussin.
Ada juga tulisan panjang lebar tentang bisnes online beliau 'Ltlstvnch' yang banyak menjual totebag (jahit sendiri?) dan patches. Banyak rintangan-rintangan berbisnes dikongsikan seperti Final Exam, banjir besar Kelantan 2014, dan pelanggan yang kurang memahami masalah. Sedih juga bila baca tentang koleksi peribadi kesayangan dan modal perniagaan rosak dek banjir besar.
Ada juga ulasan buku 'Sistem Kerah Di Kelantan' yang ditulis panjang lebar. Zine yang seronok dibaca sebab banyak pendapat peribadi dan luahan perasaan terhadap keadaan sekeliling. Ada lagi tulisan-tulisan lain disamping hasil seni dan ilustrasi yang banyak, cuba dapatkan sendiri.
Diharapkan zine ini diteruskan dan terus produktif. Aku dapat zine ini dengan gaya trade semasa KL Zine Fest baru-baru ni. Anda boleh hubungi editor di sini:
sektogokbudu@gmail.com
Wednesday, November 12, 2014
Ulasan: Paragila #2
Ieda Mazlan kembali lagi dengan isu kedua. Isu kali ini
dikeluarkan dengan beberapa cover design yang berlainan. Salinan yang aku dapat
menampilkan lukisan tangan seseorang menunjukkan jari tengah yang ditumbuhi daun dan bunga, ini
memang stail atau trademark Ieda. Dia juga banyak buat hand-drawing stail ini pada tote-bag yang dia jual.
Isu kali ini dibuka dengan ulasan ringkas band-band di gig Generate Generate #2. Temuramah pula menampilkan seorang pelajar tahun akhir jurusan tekstil. Ada tulisan tentang Zul Fikri Zamir, pengasas Teach For The Needs yang juga menulis buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang dan Pedagogi Bahasa Tertindas. Banyak lagi tulisan-tulisan dan puisi-puisi kehidupan dalam ni, dan beberapa doodle/lukisan. Aku tertarik dengan karangan bertajuk 'Kucing Jalanan', sebuah kisah benar mungkin. Dapatkan zine ni.
Isu kali ini dibuka dengan ulasan ringkas band-band di gig Generate Generate #2. Temuramah pula menampilkan seorang pelajar tahun akhir jurusan tekstil. Ada tulisan tentang Zul Fikri Zamir, pengasas Teach For The Needs yang juga menulis buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang dan Pedagogi Bahasa Tertindas. Banyak lagi tulisan-tulisan dan puisi-puisi kehidupan dalam ni, dan beberapa doodle/lukisan. Aku tertarik dengan karangan bertajuk 'Kucing Jalanan', sebuah kisah benar mungkin. Dapatkan zine ni.
Ieda Mazlan
B-4-5 Apartment Dahlia, Taman Setapak Jaya, Sri Rampai,
Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Monday, November 10, 2014
Ulasan: Dead Sick Society zine #0 (oleh Amran)
D.S.S. bersamaan dengan Dead Sick Society, yang kalau di nilai dari nama
zine ini mungkin kita boleh mengharapkan satu kritikan sosial yang
bertalu. Apa benar itu? Ada apa pada nama?
Ada satu cerpen yang di muatkan di dalam zine ini yang bertajuk Kehinaan Yang Ironi. Pada mulanya aku ingatkan ianya satu cerpen yang berkisahkan Aku Seekor Kucing, rupa-rupanya ianya adalah Aku Seekor Gagak, itupun disaat-saat perkataan 'sayap'tu keluar baru aku mengesyakinya, mana mungkin kucing memiliki sayap kan? Melainkan kalau kucing dari neraka:) ralit juga membaca cerpen ini sebenarnya, walaupun ianya sekadar ringan-ringan aje.
Mohon ampun tuan editor, tapi aku masih merasakan zine ni masih "ringan-ringan", tapi adakah bermakna ianya tidak bagus?
Bagus atau tidak itu sebenarnya bergantung kepada persepsi dan kecenderungan kamu, jadi kamu dapatkanlah zine ni dan nilaikan sendiri. Bagi sebuah permulaan, aku melihat zine ini sedang cuba membina denai-denai ke arah menjadi zine sastera atau art yang "promising" (apa ye perkataannya dalam BM:)). Usaha yang tak seharusnya mati di tengah jalan, teruskan berkarya!
On personal case, editor zine ni mengirimkan zine ni kat aku menggunakan sampul Poslaju yang berharga RM6, sebenarnya Fauzan boleh gunakan khidmat sampul PosExpress yang berharga RM3.50 tu, lagi menjimatkan. Aku pun dah lupa harga zine ni, so korang boleh try berhubung dengan :-
Facebook.com/uchanyfauzan
Facebook.com/tajrin faruqi
Thursday, June 12, 2014
RUANG
Ini keluaran pertama zine Ruang dari Temerloh. Zine ini memuatkan banyak cerpen dan rencana pendek, kisah-kisah dalam kehidupan dan tentang muzik. Hampir separuh dari zine ini memuatkan artwork-artwork dari Bratbrain. Stail lukisannya boleh ditengok dari muka depan zine ini. Cukup baik dan kemas untuk isu perdana. Kita tunggu isu seterusnya.
facebook.com/bratbrain
facebook.com/bratbrain
Sunday, May 18, 2014
29 DAYS NOW PANIC AND FREAK OUT
29 DAYS merupakan zine komik yang dihasilkan oleh Nizam Bin Daud dari Shah Alam. Ada cerita menarik disebalik penghasilan zine komik ini. Zine komik ini dihasilkan semasa Nizam menjalani rawatan Hemodialisis (Cuci Darah) di HKL. Beliau mengalami sakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis. Satu sesi rawatan mengambil masa kira-kira empat jam dan beberapa kali seminggu. Ada orang mengisi masa ini dengan membaca surat khabar atau buku. Lain pula bagi Nizam yang mengisi masa Hemodialisis-nya dengan menghasilkan zine komik. Kisah yang diceritakan adalah tentang fikiran dan keadaan dirinya yang dalam kekeliruan kerana menghadapi ketidaksihatan. Menurut Nizam, beliau sedang mengusahakan isu terbaru. Namun isu ini masih boleh didapati dari aku (Nizang) dengan harga RM5. Percuma sepapan ubat dengan setiap naskah.
Wednesday, April 30, 2014
THE RAILROAD
This zine is done by Mat Norr, the guy behind Scenery Is Free zine. I guess this is a one-off zine, a short fiction story about trip to Kelantan by a daughter and her mother. The writing was intended for a competition worth RM10, 000 cash money for the prize but Mat Norr didn't submit the essay eventually because no one to proof-read it and he couldn't meet the deadline. It's a good story and a something different for the Malaysian zine scene, touching about subjects such as living collectively, simple life, capitalism vegan lifestyle and animal rights.
Printed professionally on recycled paper and come in traveler size, A6.
Fence Press
ilovefanzine@gmail.com
Printed professionally on recycled paper and come in traveler size, A6.
Fence Press
ilovefanzine@gmail.com
Tuesday, April 8, 2014
Monday, January 6, 2014
Aku, Pekan Kecil & Skateboarding
Penulis zine ini mengatakan ini bukanlah zine tetapi 'catatan indie', tapi bagi aku naskah ini memanglah sebuah zine, mengikut pengetahuan akulah -naskah ini ada semua kriteria untuk dipanggil sebagai zine. Cuma zine ini agak tebal dari zine-zine biasa dari Malaysia, iaitu setebal 80 mukasurat. Zine ini ditulis seperti sebuah buku dan bukanlah seperti zine/majalah skateboarding yang banyak seksyen seperti temuramah, ulasan dan kolum-kolum lain. Cerita ini mengenai penulis mengenal dan bergelumang dengan sukan ekstrim, 'skateboarding' di sebuah pekan kecil di utara tanah air. Ia dibahagikan kepada 13 bab. Naik-turun, suka-duka, pahit maung selama melibatkan diri dalam sukan ini dikongsikan...
Oh, ada bahagian kedua dalam zine ini yang memuatkan coretan-coretan kontot.
RM10 / RM15 melalui pos
pesan dari: mohamadpitri@gmail.com atau 017-4972313
Wednesday, September 18, 2013
Review: ALLEINER THREAT zine #2 'Up The Bike Punks'
I got this A6 size perzine (the editor also calls it as
ego-zine) from Mika when we traded a boxful of CDs and zines. I loved how A6
size zines always with crooked edges and uneven page sizes. It looks very
home-made with no proper tools; somehow they gave an intimate touch to the
zines. As the cover page suggests, this is the bike punk issue. There is a
story about teaching how to ride a bike, bicycle ride accident due to drunk-riding,
bicycles being stolen and also finding back a stolen bike. There are a brief
write-up about bike punk and critical mass. There are also Amnesty International’s
event ‘Bike For Women’s Right’ report? There’s an interview with Joe Biel
(Microcosm Publishing) the one who coined the term ‘bike-punk’ himself. This issue is a
good read with writings from various contributors, as far as from The Philippines.
Half of the zine is in German language though.
Contact: mikareckinnen@gmx.de
facebook: Mika Reckinnen
Friday, September 13, 2013
Ulasan: zine JIWA SEORANG LOSER #5
Ini adalah isu terakhir zine JSL. Pihak Bedroom Publishers sempat menanyakan editornya, Amira tentang ini...
"Yup, dah isu akhir bos. Nak rehat dulu. Sebenarnya ada plan lain, tapi sibuk. Mungkin tahun depan atau hujung tahun ni akan ada muncul projek baru. Tapi masih dalam perancangan."
Isu kali ni agak simple dan nipis berbanding isu-isu sudah. Tiada temuramah band dan individu seperti selalu. Yang ada hanyalah karangan panjang, karangan pendek, gambar, puisi dan ilustrasi. Antara tulisannya adalah tentang pembangunan dan alam sekitar, pendapat dan cadangan tentang sistem persekolahan di Malaysia, gangguan seksual dan lain-lain. Artikel tentang sistem persekolahan diurai dengan panjang dan lebar, patut dibaca. Pada muka akhir ditulis tentang pengalaman membuat zine JSL dan pengakhiran untuk zine ini. Aku salin satu petikan...
"Zine ni adalah kanser yang paling aku sayang. Susah nak berhenti bila dah terjebak."
Kontek:
Cik Amira Maisara (Amir)
No. 61, Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur,
huru_aedes@yahoo.com
0122216553 (10am -9pm)
"Yup, dah isu akhir bos. Nak rehat dulu. Sebenarnya ada plan lain, tapi sibuk. Mungkin tahun depan atau hujung tahun ni akan ada muncul projek baru. Tapi masih dalam perancangan."
Isu kali ni agak simple dan nipis berbanding isu-isu sudah. Tiada temuramah band dan individu seperti selalu. Yang ada hanyalah karangan panjang, karangan pendek, gambar, puisi dan ilustrasi. Antara tulisannya adalah tentang pembangunan dan alam sekitar, pendapat dan cadangan tentang sistem persekolahan di Malaysia, gangguan seksual dan lain-lain. Artikel tentang sistem persekolahan diurai dengan panjang dan lebar, patut dibaca. Pada muka akhir ditulis tentang pengalaman membuat zine JSL dan pengakhiran untuk zine ini. Aku salin satu petikan...
"Zine ni adalah kanser yang paling aku sayang. Susah nak berhenti bila dah terjebak."
Kontek:
Cik Amira Maisara (Amir)
No. 61, Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur,
huru_aedes@yahoo.com
0122216553 (10am -9pm)
Thursday, September 5, 2013
Ulasan: zine TEEN x POPISTYLE
Jarang-jarang dapat baca zine yang 100% tulisan tangan dari
scene local, ini antara yang terbaru. Zine ini kelihatan seakan zine split
antara ‘Aku, Dia & Kita: Seni’ dan ‘Sama & Rata: Sains’ dan dilakukan
oleh editor yang sama. Sebenarnya ia adalah zine TEEN x POPISTYLE dan mempunyani dua bahagian. Agak mengelirukan kerana tiada nama zine pada cover. Kedua-dua bahagian boleh dikategorikan sebagai zine peribadi
(perzine). Satu bahagian untuk subjek sains dan sebelah lagi untuk subjek seni. Di bahagian Aku,
Dia & Kita: Seni, pastilah banyak memaparkan lukisan (ala doodle), juga ada
tulisan tentang citarasa muzik dan pendapat tentang industry muzik tersebut,
dua buah puisi, perkaitan sains dan seni, berita sarkastik tentang isu jenayah
di Malaysia yang menjadi-jadi, ulasan dan penerangan lagu M. Nasir ‘Tanya Sama
Itu Hud-hud’ dan tulisan kempen membaca (termasuklah baca zine). Untuk bahagian
Sama & Rata: Sains pula ada cerita tentang pengalaman ganjil ketika berqiamulail
di bulan puasa, tentang cinta, puisi islamik, artikel tentang cara solat yang
betul, ‘Negara Haram Israel’, dan tentang hak royalti minyak Kelantan dan
Terengganu yang diseleweng pihak tidak bertanggungjawab. Pada bahagian tengah
zine, ada lukisan 3D dari editornya. Tulisan tangannya agak mudah untuk dibaca,
boleh tahan untuk isu pertama.
kontek:
www.facebook.com/TeenPopistyle
0145154074 (Syahmi)
Friday, August 16, 2013
Ulasan: zine BILA AKU NGARUK... #1
Sebuah lagi zine yang aku dapat semasa KLZF2013, juga berasal dari Terengganu. Zine ini boleh dikategorikan sebagai art zine dan poetry zine. Banyak tulisan dan luahan perasaan tentang hidup, dan hal-hal sosio politik tanahair yang diluahkan. Dengan lukisan dan contengan (doodles) yang turut mengekspresikan tulisan-tulisan tersebut. Mungkin boleh dikemaskan lagi dalam bab lukisan, boleh diasah lagi...Tapi ini cukup bagus untuk isu perdana. Aku dapatkan zine ni dari Man Dugong (Whacko Jacko zine). Tiada email atau alamt disertakan dalam zine ni...sepatutnya sekurangnya sertakan email. Senang pembaca nak berkomunikasi. Nak beli atau nak komen atau nak bincang lanjut tentang isu-isu yang diketengahkan (kalau adalah, rasa sekarang dah takde budaya macam tu. Kalau era 90an dulu isu-isu dalam zine ni boleh jadi topik untuk berdebat dan siap bergaduh, kih kih kih!)...
Ulasan: zine BEBAS
Ini merupakan zine pertama keluaran kolektif Buku Jalanan
Kuala Terengganu. Ia menghimpunkan tulisan, puisi, anekdot dan lukisan
bertemakan ‘bebas’ dan perkara yang berkaitan. Menampilkan tujuh penyumbang
iaitu Azali, Sake, Azraao, Gabuha Kecil, Rashid Akhmal, Naim Azim dan Ashraf
Dzulkifli.
Tiada alamat atau email, tapi anda boleh like page Buku Jalanan Kuala Terengganu di facebook.
Labels:
artzine,
collective,
literature,
malaysia,
perzine,
poetry,
review
Subscribe to:
Posts (Atom)