Thursday, January 14, 2016

I Don't Bring Along My Budu


Zine ini merupakan buah tangan terbaru oleh Ainchah Daud yang sebelum ini menerbitkan zine seni/puisi NAIF. Zine ini, seperti juga NAIF banyak menampilkan ilustrasi-ilustrasi oleh Ainchah Daud.

Aku suka zine Budu ini kerana banyak dimuatkan tulisan dan pendapat editor tentang isu-isu di sekeliling beliau. Antara tulisan yang menarik adalah tentang negeri yang didiami Ainchah iaitu Kelantan yang turut menyentuh tentang 'serambi mekah' dan 'medan ilmu'. Ada kisah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak semasa beliau belajar mengaji dengan Pak Su Hussin.

Ada juga tulisan panjang lebar tentang bisnes online beliau 'Ltlstvnch' yang banyak menjual totebag (jahit sendiri?) dan patches. Banyak rintangan-rintangan berbisnes dikongsikan seperti Final Exam, banjir besar Kelantan 2014, dan pelanggan yang kurang memahami masalah. Sedih juga bila baca tentang koleksi peribadi kesayangan dan modal perniagaan rosak dek banjir besar.

Ada juga ulasan buku 'Sistem Kerah Di Kelantan' yang ditulis panjang lebar. Zine yang seronok dibaca sebab banyak pendapat peribadi dan luahan perasaan terhadap keadaan sekeliling. Ada lagi tulisan-tulisan lain disamping hasil seni dan ilustrasi yang banyak, cuba dapatkan sendiri.

Diharapkan zine ini diteruskan dan terus produktif. Aku dapat zine ini dengan gaya trade semasa KL Zine Fest baru-baru ni. Anda boleh hubungi editor di sini:

sektogokbudu@gmail.com
 


No comments:

Post a Comment