Tuesday, March 22, 2016

Pedal To The Metal isu 2


Zine Pedal To The Metal kembali lagi tidak lama selepas isu perdana mereka dikeluarkan. Isu kali ini dibuka dengan ruangan tribute untuk Lemmy Motorhead.

Isu ini juga terasa lebih meriah dengan sumbangan tulisan dari penulis lain seperti Remie Atomic Death (lucu sungguh cerita tulisan beliau) dan Adi Herman Metuk Ulau. Selain itu, isu kali ini memperkenalkan maskot zine ni, seorang mat metal bernama Haspiddy^ yang dilukis oleh kartunis Aku Napie. Beliau turut menyumbangkan beberapa hasil seni yang menghiasi beberapa halaman zine ini.

Aku suka tulisan dari editor zine ni (Ra1m1) iaitu 'Dari Florida ke Malaysia' dan 'Kemaruk Artis dan Autograf'. Kena dengan tema zine ni sebagai sebuah zine travelog, banyak pengalaman dan tips mengembara yang dicatat dan dipaparkan dalam zine ni.

Isu ini memuatkan temubual dengan band Hereafter, Jehovah The Satyr dan Unveiled. Turut tidak ketinggalan, ruangan ulasan muzik metal yang didominasi oleh keluaran-keluaran band tempatan...

Zine ni memang bergaya terutamanya bila dibawa semasa travel dengan basikal.

http://faithcraftmobile.blogspot.my
No. 8, Jalan Seberang Jaya 2, 02000, Kuala Perlis, Perlis
faithcraftproductions@yahoo.com




Thursday, March 3, 2016

Repulsive Regurgitatation #2




Zine "cut and paste to the max" dari Malaysia ni dah kembali dengan isu kedua pada akhir tahun 2015. Kalau isu lepas saiz dan ketebalannya dah macam majalah sekolah, isu kali dikecilkan ke separuh dan lebih nipis. Tengok saja stail packaging macam mainan askar di kedai runcit, dah boleh nampak rajin dan bersungguhnya editor RRZ ni iaitu si Epul Rikard.

Zine buat peminat muzik grindcore ini mengandungi temuramah dengan artis disebalik cover art album 'Scum' oleh Napalm Death, band Filth, Catasexual Urge Motivation (Jepun), Maggut (Jepun), Bodybag, Entrails dan beberapa lagi band dengan logo susah nak baca. Turut memaparkan sedutan dari zine Phoenix Militia #7 (1987) dan juga tulisan dari blog Andy Story.

Dapatkannya sekarang dari Epul Rikard, No. 133, Jalan Taman Dato Senu 4, Taman Dato Senu, 5100 Sentul, Kuala Lumpur atau lawan84@yahoo.com

Boleh like page zine ni di FB.


Tuesday, March 1, 2016

Wasted #2

Ini satu lagi zine yang aku dapat secara trade dengan Ainchah Daud masa acara KL Zine Fest tahun lepas. Simple saja zine ni dari segi rupanya.

Aku tak tahu kenapa tapi aku suka sangat zine yang dipotong dengan tak kemas. Contoh macam zine ni, menggunakan gunting, jadi ia tidak lurus dan tak kemas. Ada sense of urgency dan 'rugged' di situ yang buat aku sukakannya. Bukan seluar koyak saja 'rugged', tapi zine yang dipotong dengan herot macam ni pun 'rugged' pada mata aku. Ada sesiapa yang sama citarasa dengan aku?

Okey, walaupun dari segi susunatur, penggunaan font untuk zine ni isu ni nampak hambar, namun bukan isinya. Aku suka luahan penulis dalam 'MPKB sebagai Penutup Kepada Ruang Kreatif Untuk Remaja' dan 'Keperluan dan Kehendak'. Tulisan kedua lebih kepada menceritakan kesesakan hidup kita akibat kejatuhan nilai matawang kita.

Ada banyak interview dalam zine ni, sayangnya tiada sebarang gambar dalam isu kali ni. Interview bersama; Pasar Percuma KB, Wasted Youth KB, Kutu Buku Distro dan Darul Naim Squad, Oi! Oi!

Tiada alamat kontek...

Monday, February 15, 2016

Zine Distopia #00




Sarajevo kembali lagi dengan zine baru. Dulu beliau produktif mengeluarkan zine bernama Jiwa Seorang Loser, aku dah lupa sampai isu berapa. Agak lama menyepi dari menerbitkan zine, kini beliau tampil dengan DISTOPIA. Isu percubaan ini dilancarkan di KL Zine Fest 2015 pada bulan Disember lepas. Di dalam isu ini ada tulisan opini tentang Feminism yang dikatakan tidak bertentangan dengan agama, cerita tentang keluarga, kenangan zaman sekolah dan pengalaman bekerja dan cerita tentang Kuala Lumpur yang ada 50 shopping mall.  

Rasanya semua masih ingat peristiwa Sarajevo yang diugut rogol oleh seorang anggota polis semasa berada salam tahanan polis. Beliau ditahan oleh polis selepas himpunan anti-GST pada 1 Mei tahun lalu. Beliau direman selama empat hari di IPD Dang Wangi bersama 22 peserta himpunan yang lain. Tuduhan terhadap beliau sangat tak masuk akal iaitu ‘bahan letupan dan hakisan’. Semuanya diceritakan di sini namun tidak terperinici kerana tidak sanggup untuk diceritakan dan ada juga yang beliau mahu simpan sendiri sahaja.


Semestinya isu kali ini ada temuramah dengan Ieda Mazlan, salah seorang penggerak kolektif Makanan Bukan Periuk Api dan juga seorang editor zine dan artis yang terkenal dengan trademark ‘tumbuh bunga’nya. Disamping itu ada ulasan beberapa buku, zine dan muzik. 

Isu depan akan terbit dengan tema ‘wanita’ dan anda disaran menghantar karya anda.

Sarajevo Amira Maisara
No. 61 Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
012-2216553
zinedistopia@gmail.com

Friday, January 22, 2016

Ngap! #6

Zine komik Ngap! kembali lagi dengan isu terbaru, #6. Seperti biasa komik zine satira ini banyak mengetengahkan kritik sosial dan isu-isu semasa serta cerita-cerita rilek-rilek. Antara isu yang ada adalah cerita 2.6 Billion, 1MDB, Bomoh 1 Malaysia dan banyak juga unsur nasihat dalam komik zine ini...

Tuyuk, editor Ngap! juga merupakan pelukis sepenuh masa. Antara aktiviti cari makan yang dilakukan beliau selain jual zine adalah melukis karikatur di acara-acara sekitar lembah klang. Jadi, sokonglah usaha hidup mandiri seperti ini.
Kalau beli zine ni, dapat percuma karikatur anda dan juga button badge seperti dalam gambar.

Boleh email ke firdaus501@gmail.com atau terus telefon 0132229369 untuk dapatkan zine ini atau menempah karikatur atau apa-apa projek ilustrasi/design.

Thursday, January 21, 2016

Korup


Zine yang banyak menceritakan idea-idea asas dalam punk rock melalui pengalaman editornya, Eiman. Ada juga sebenarnya yang mencari zine-zine macam ni dari aku, harap dia bacalah ulasan ni dan dapatkan zine ni.

Aku suka cerita 'Barang Punk Kena Rampas'...

"Pagi ni lambat sampai sekolah. Dalam 7.30 camtu baru sampai. sebab jam. Macam biasalah aku: rambut panjang (sebab nak jadi macam abam punk d-beat), belt anarki, tie banyak button, beg berpatcheskan band The Exploited. Agak selekeh jugalah".

Ada juga cerita pengalaman editor menyertai demo anti-GST pada 1 Mei 2015. Okey jugak zine ni, suara punk rocker muda yang darahnya tengah panas bergelegak.

Susunatur dalaman ditaip di MS Word dan disusun menggunakan teknik potong dan tampal. Ada empat mukasurat yang menggunakan tulisan tangan. Ilustrasi pada kulit depan rasanya hasil kerja editornya sendiri seperti dalam ceritanya dalam zine ni, dia memang gemar lukis tengkorak dan buku yang penuh dengan lukisannya telah selamat dirampas cikgu. Harapnya beliau masukkan banyak lagi lukisannya dalam zine yang akan mendatang. Dalam zine ni tiada lukisan mungkin sebab dah kena rampas oleh cikgu.

Zine zaman sekarang bagi instagram je ya. Bagi alamat e-mel kan lebih elok.

Cari kat instagram @wanmuhdeiman


Wednesday, January 20, 2016

Laku Musnah isu pertama dan terakhir Disember 2015


Aku dapat zine ni percuma di KL zine fest 2015, reruai Dystopia Assembly. Misteri juga pada mulanya meneka zine siapa pulak ni. Semua orang kenal penulis zine ni, kata mereka. Bila aku belek-belek zine ni lepas beberapa minggu KL zine fest, aku dapat agak siapa gerangan penulisnya kerana ada gambarnya bersama emaknya pada satu mukasurat. Memang ramai yang kenal dengan dia ni aku rasa.

Aku selalu like post-post yang disharenya di facebook. Oh ya, zine ini menghimpunkan tulisan-tulisan pendek gila dan ada yang lebih panjang dari facebooknya. Mula-mula banyak cerita pasal Hari Rayanya yang lain macam sikit dari kebanyakan orang, pasal keluarga dan kampungnya.

Catatan-catatan luahan perasaan banyak juga dalam ni. Ada juga beberapa puisi dan satu survey tentang lelaki kemas vs lelaki serabai. Harga zine ni yang tercatat pada kulit adalah RM1 je. Murah betul walaupun kulit dicetak warna.

Entah, nak beli konteklah lakumusnah@gmail.com