Tuesday, August 27, 2013

Ulasan: zine NORIFUMI


 
Aku adalah pembaca pertama zine ini sebelum penulisnya sendiri sebab aku pembuat layoutnya. Penulisnya Amran pun tak baca lagi ni. Beberapa tahun lepas, Amran ada bagitahu aku dia nak buat zine personal dengan gaya macam Roots Zine. Lepas tu projek tu macam senyap, mungkin tak jadi. Amran ni dulu pernah mengendali Ronin Distro yang banyak menjual kaset, CD dan zine. Lepas balik dari Kuala Lumpur Zine Fest baru-baru ni, dia nyatakan hasratnya sekali lagi nak buat zine personal dan inilah hasilnya. Cover depan dilukis oleh Iznan Rafa (Think Smart Act Blur zine). Amran kata zinenya adalah zine ‘art of mengarut’. Art di sini bukanlah kerana ada lukisan atau catan tapi lebih kepada gaya bahasa dan jalan ceritanya. Kalau biasa baca blog dia, boleh agak macam mana. Tak sangka pula Amran ni orangnya pandai buat lawak sebab kalau bertemu mata, macam serius je perwatakannya. Zine ni hanya dipenuhi dengan cerpen-cerpen dan dua buah puisi, kelakar dan nakal. Bagus juga Amran terbitkan tulisan-tulisannya dalam bentuk zine bercetak sebab aku memang lebih suka baca bahan cetakan dari baca kat komputer. Harapnya tulisan-tulisan lama pun dikumpul dan dicetak sebab aku tak habis baca pun entry lama-lamanya.

Kontek: Bear Amran 012-9221541

  

No comments:

Post a Comment