Showing posts with label political. Show all posts
Showing posts with label political. Show all posts

Friday, October 12, 2018

Punk: Satu Penilaian Semula (zine)


Midiskirt merupakan penulis untuk zine-zine punk awal dulu seperti Aedes (oleh Joe Kidd) dan zine nya sendiri Parasit (1993-94). Tulisan-tulisan dalam zine asalnya ditulis dan disiarkan dalam satu portal. Aku ada berjumpa dengan Midi di Cyberjaya Zine Festival, dan sesudah itu meminta kebenaran untuk menerbitkan tulisan-tulisan tersebut dalam bentuk zine menerusi label aku. Namun kata Midi, dia dah pun siapkan himpunan tulisan dan hampir siap untuk diterbitkan dalam bentuk zine. 

Dalam zine ni, Midi menceritakan bagaimana dia mula terjebak dan dengan muzik punk dan idealism politik kiri. Midi menulis tentang penglibatan, kecenderungan dan pendapat-pendapat tentang subculture ini. Namun dia tidak mengaku dirinya seorang punk, tapi sekadar peminat dan pemerhati budaya punk. Selalu juga aku jumpa dia di gig punk dewasa ini.

Agak kelakar apabila Midi menulis pengalaman menjadi vokalis band Millions Of Mad Moslems dan dia merupakan seorang yang sangat gugup dan lari dari studio ketika hendak merakam suara. Ada cadangan untuk menukarkan nama band tersebut kepada Les Gemuruh kerana dia sentiasa gemuruh jika diberi mikrofon, haha!

Dapatkan zine yang berharga RM10 ni dari page Padajiwa di facebook atau instagram. 

Tuesday, March 1, 2016

Wasted #2

Ini satu lagi zine yang aku dapat secara trade dengan Ainchah Daud masa acara KL Zine Fest tahun lepas. Simple saja zine ni dari segi rupanya.

Aku tak tahu kenapa tapi aku suka sangat zine yang dipotong dengan tak kemas. Contoh macam zine ni, menggunakan gunting, jadi ia tidak lurus dan tak kemas. Ada sense of urgency dan 'rugged' di situ yang buat aku sukakannya. Bukan seluar koyak saja 'rugged', tapi zine yang dipotong dengan herot macam ni pun 'rugged' pada mata aku. Ada sesiapa yang sama citarasa dengan aku?

Okey, walaupun dari segi susunatur, penggunaan font untuk zine ni isu ni nampak hambar, namun bukan isinya. Aku suka luahan penulis dalam 'MPKB sebagai Penutup Kepada Ruang Kreatif Untuk Remaja' dan 'Keperluan dan Kehendak'. Tulisan kedua lebih kepada menceritakan kesesakan hidup kita akibat kejatuhan nilai matawang kita.

Ada banyak interview dalam zine ni, sayangnya tiada sebarang gambar dalam isu kali ni. Interview bersama; Pasar Percuma KB, Wasted Youth KB, Kutu Buku Distro dan Darul Naim Squad, Oi! Oi!

Tiada alamat kontek...

Wednesday, November 12, 2014

Ulasan: Paragila #2





Ieda Mazlan kembali lagi dengan isu kedua. Isu kali ini dikeluarkan dengan beberapa cover design yang berlainan. Salinan yang aku dapat menampilkan lukisan tangan seseorang menunjukkan jari tengah yang ditumbuhi daun dan bunga, ini memang stail atau trademark Ieda. Dia juga banyak buat hand-drawing stail ini pada tote-bag yang dia jual.

Isu kali ini dibuka dengan ulasan ringkas band-band di gig Generate Generate #2. Temuramah pula menampilkan seorang pelajar tahun akhir jurusan tekstil. Ada tulisan tentang Zul Fikri Zamir, pengasas Teach For The Needs yang juga menulis buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang dan Pedagogi Bahasa Tertindas. Banyak lagi tulisan-tulisan dan puisi-puisi kehidupan dalam ni, dan beberapa doodle/lukisan. Aku tertarik dengan karangan bertajuk 'Kucing Jalanan', sebuah kisah benar mungkin. Dapatkan zine ni.

Kontek:
Ieda Mazlan
B-4-5 Apartment Dahlia, Taman Setapak Jaya, Sri Rampai, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur


Wednesday, May 14, 2014

YAK BOK TE #2

Zine komik Yak Bok Te! kembali dengan isu kedua. Masih seperti isu pertama, memuatkan lukisan-lukisan kartun tentang isu semasa, politik dan pengalaman peribadi pelukis iaitu Amin Landak. Isu kali ini turut memuatkan sebuah artikel berjudul 'Sokonglah Komik Tempatan' yang mengulas tentang masalah komik tempatan yang tak tahan lama kerana terpaksa bersaing dengan lambakan komik luar negara yang berada di pasaran. Sokong komik tempatan agar tidak pupus, sokong Yak Bok Te!

Like di facebook.

Monday, January 6, 2014

SHUTDOWN zine 2.5


New issue of Sabah's Shutdown zine! This zine is like 80% in english and as usual features ramblings about life and the DIY HC/Punk scene. For this issue, there are interviews with El Pheng from The Garrison, Bobby from Marjinal, Syarifah Syahidah from Buku Jalanan Kota Kinabalu and Boy Mijul from Pack!Man.

RM3 or RM5 by mail
order from rawbinhud@yahoo.com

Wednesday, December 4, 2013

zine baru: Yak Bok Te! #1


Yak Bok Te! merupakan sebuah zine komik yang baru di pasaran. Namanya adalah dalam loghat Kelatan untuk 'Hek Eleh'. Dengar khabar sangat laris dan sudah masuk cetakan ketiga. Minggu lepas, di acara dua hari Comic Fiesta, ia terjual 50 salinan.

Isi kandungannya banyak menceritakan tentang politik, isu semasa dan pengalaman. Cerita-ceritanya ringkas tapi padat. Lukisan dan stail komik dia aku rasa sangat boleh dipuji. Bila ditanya, pernah hantar karya ke mana-mana majalah komik arus perdana. Jawab Amin, belum pernah sebab mungkin tidak mahu terikat dengan syarikat. Ini power!

RM5.

lawati https://www.facebook.com/pages/Yak-Bok-Te/593747667340946

Tuesday, October 1, 2013

Zine TANDUK KERBAU #0





Aku baca di Facebook, editor zine ni kata isu ni dah habis dan tidak dijual lagi. Siapa yang berminat, terpaksa tunggu isu baru mereka. Cepat betul habis, atau mungkin memang dibuat cetakan terhad sahaja. Zine ini dihasilkan oleh Kolektif Tanduk Kerbau yang berpengkalan di Melaka yang dibuat kerana mereka bosan dan untuk menunjuk budak-budak punk itu tidak semestinya jahil dalam bab-bab ilmu didada. Berat jugak aku baca zine ni. Ada cerita pasal kerbau, S.H.A.R.P, suara minority dan lain-lain. Turut dimuatkan info tentang hukum bersalam dan mencium tangan, TPPA dan sedikit ruangan lawak sarkastik. Ada lagi benda-benda lain dalam isu kali ini, tapi lepas dah habis baca dan belek aku dapati sebahagian isi dalam zine ni dicedok dari benda-benda yang dikongsi di internet atau chain-email serta lirik-lirik dan puisi dari band dan penulis terkenal. Okeylah untuk isu eksperimen. Mungkin sebab itu ianya dicetak dalam bilangan terhad. Harapnya isu yang akan datang mereka tampilkan lebih banyak karya-karya mereka sendiri. Good Luck!

Tanduk.kerbau.work@gmail.com

Wednesday, September 18, 2013

Review: ALLEINER THREAT zine #2 'Up The Bike Punks'




I got this A6 size perzine (the editor also calls it as ego-zine) from Mika when we traded a boxful of CDs and zines. I loved how A6 size zines always with crooked edges and uneven page sizes. It looks very home-made with no proper tools; somehow they gave an intimate touch to the zines. As the cover page suggests, this is the bike punk issue. There is a story about teaching how to ride a bike, bicycle ride accident due to drunk-riding, bicycles being stolen and also finding back a stolen bike. There are a brief write-up about bike punk and critical mass. There are also Amnesty International’s event ‘Bike For Women’s Right’ report? There’s an interview with Joe Biel (Microcosm Publishing) the one who coined the term ‘bike-punk’ himself. This issue is a good read with writings from various contributors, as far as from The Philippines. Half of the zine is in German language though.

facebook: Mika Reckinnen

Friday, September 13, 2013

Ulasan: zine JIWA SEORANG LOSER #5

Ini adalah isu terakhir zine JSL. Pihak Bedroom Publishers sempat menanyakan editornya, Amira tentang ini...

"Yup, dah isu akhir bos. Nak rehat dulu. Sebenarnya ada plan lain, tapi sibuk. Mungkin tahun depan atau hujung tahun ni akan ada muncul projek baru. Tapi masih dalam perancangan."

Isu kali ni agak simple dan nipis berbanding isu-isu sudah. Tiada temuramah band dan individu seperti selalu. Yang ada hanyalah karangan panjang, karangan pendek, gambar, puisi dan ilustrasi. Antara tulisannya adalah tentang pembangunan dan alam sekitar, pendapat dan cadangan tentang sistem persekolahan di Malaysia, gangguan seksual dan lain-lain. Artikel tentang sistem persekolahan diurai dengan panjang dan lebar, patut dibaca. Pada muka akhir ditulis tentang pengalaman membuat zine JSL dan pengakhiran untuk zine ini. Aku salin satu petikan...

"Zine ni adalah kanser yang paling aku sayang. Susah nak berhenti bila dah terjebak."

Kontek:

Cik Amira Maisara (Amir)
No. 61, Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur,
huru_aedes@yahoo.com
0122216553 (10am -9pm)

Thursday, September 5, 2013

Ulasan: zine TEEN x POPISTYLE


Jarang-jarang dapat baca zine yang 100% tulisan tangan dari scene local, ini antara yang terbaru. Zine ini kelihatan seakan zine split antara ‘Aku, Dia & Kita: Seni’ dan ‘Sama & Rata: Sains’ dan dilakukan oleh editor yang sama. Sebenarnya ia adalah zine TEEN x POPISTYLE dan mempunyani dua bahagian. Agak mengelirukan kerana tiada nama zine pada cover. Kedua-dua bahagian boleh dikategorikan sebagai zine peribadi (perzine). Satu bahagian untuk subjek sains dan sebelah lagi untuk subjek seni. Di bahagian Aku, Dia & Kita: Seni, pastilah banyak memaparkan lukisan (ala doodle), juga ada tulisan tentang citarasa muzik dan pendapat tentang industry muzik tersebut, dua buah puisi, perkaitan sains dan seni, berita sarkastik tentang isu jenayah di Malaysia yang menjadi-jadi, ulasan dan penerangan lagu M. Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud-hud’ dan tulisan kempen membaca (termasuklah baca zine). Untuk bahagian Sama & Rata: Sains pula ada cerita tentang pengalaman ganjil ketika berqiamulail di bulan puasa, tentang cinta, puisi islamik, artikel tentang cara solat yang betul, ‘Negara Haram Israel’, dan tentang hak royalti minyak Kelantan dan Terengganu yang diseleweng pihak tidak bertanggungjawab. Pada bahagian tengah zine, ada lukisan 3D dari editornya. Tulisan tangannya agak mudah untuk dibaca, boleh tahan untuk isu pertama. 


kontek:

www.facebook.com/TeenPopistyle

0145154074 (Syahmi)

Tuesday, September 3, 2013

Review: BEYOND THE MUSIC: HOW PUNKS ARE SAVING THE WORLD WITH DIY ETHICS, SKILLS & VALUES book

Been reading this book by Joe Biel (Microcosm Publishing/Cantankerous Titles). Basically the 192 pages book features collection of interviews he conducted with punks who are successful in their own fields. It's about how they bring and hold on to DIY punk ideas and ethics in their career and professional activities. Among the personnel included here are; Nate Powell (cartoonist), Fly (artist), Ben Weasel (pundit), Cristy Road (artist), Al Burian (writer), Brea Grant (actress), AK Press, Ian Mackaye (Dischord Records) and Boxcar Books. Punk is not just about music (and fashion)...grab this book to know more. 

Ulasan: ABSTAINED AGOGO #9





Zine ini diberi percuma dan ditukar suka sama suka di acara KL Zine Fest. Abstained Agogo merupakan salah satu zine yang bertahan paling lama yang asalnya di Kelantan namun kini editornya menetap di Kuala Lumpur. Editornya Hafeez juga menulis blog ulasan muzik dan apa-apa berkaitan muzik metal ‘The Bullet Belt Press’. Juga pernah main dalam beberapa band hc/punk dan metal. Dalam kesibukan ramai orang membuat zine puisi, literature dan personal, Abstained Agogo mengekalkan stail zine punk 90an dan awal 2000an dengan artikel-artikel dan pendapat-pendapat seputar isu-isu semasa dalam scene muzik bawah tanah. Di ruangan editorial, editor menulis bahawa isu ini dia banyak menulis tentang budaya berfikir; dalam isu politik, idealism dan falsafah.

Ada artikel tentang elemen ‘keseronokan’ dalam punk rock dan motivasi untuk melakukan apa yang anda hendak untuk scene punk anda. Pendapat tentang membudayakan amalan berfikir (secara rasional) tentang isu dan situasi politik, dan pendapat mengenai kebebasan dan hak (dalam scene hc/punk). Ada juga ulasan gig Thrashing Kuala Lumpur, dan filem-filem dokumentari punk rock dan juga The Taqwacores. Tiada temuramah dimuatkan untuk isu kali ini yang nipis.

Di tengah-tengah zine ni, disertakan satu seksyen bernama ’Metaforakami’ yang menghimpun puisi-puisi jiwa romantis mabuk cinta. 

kontek: benignism@yahoo.com

Thursday, August 29, 2013

Ulasan: Zine DALAM MEJA HITAM

Iznan Rafa merupakan seorang hc/punk artis yang pernah membuat pameran koleksinya di Punk Rock Art Exhibition di Rumah Api, Kuala Lumpur Zine Fest di Ampang dan lain-lain. Lukisan-lukisannya banyak dimuatkan dalam zine yang dibuat bersama kawan-kawannya iaitu Think Smart Act Blur dan zine-zine lain seperti Mosh, Norifumi, Aksi Reaksi dan Homesick.

Art zine baru ini mengumpulkan beberapa karya olehnya. Ia bersaiz A6 dan berharga RM3 sekali upah pos (tapi aku dapat dua salinan). Boleh pos well-hidden cash atau gunakan maybank2u. Memang berbakat dia ni, dan disarankan untuk mereka yang minat dengan seni lukisan atau illustrasi.

Kontek:
Iznan Rafa, No. 2, Jalan Baiduri 2A, Taman Desa Baiduri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
iznan79@gmail.com

Monday, August 26, 2013

Ulasan: FRAGFRANTIK #5 zine

Pada hemat aku, zine ni merupakan zine yang produktif dan agak berat juga. Macam majalah Siasah mungkin. Permulaan zine ditulis mengenai Meor dan bukunya, 'Sembang Tepi Jalan II', kemudian tentang anak muda dengan politik cool, ulasan filem Lincoln (2012) secara panjang lebar, temuramah bersama Adam Phillips tentang 'puisi sebagai terapi', temuramah bersama Mislina Mustafa tentang projek homeless dan projek-projek lain. Ada juga tiga buah sajak dan tulisan-tulisan lain lagi. Susunatur zine ni memang A+. Sokong!

Tiada cara kontek yang dicatatkan dalam zine. Boleh cuba nombor telefon bimbit ini: 0104339197 (Wahyudi)

Monday, August 19, 2013

Ulasan: CHILDISH zine #1

Aku kenal Aus iaitu antara penggerak utama Buku Jalanan UIA, kenal masa dia jemput aku berkongsi cerita di satu siri Buku Jalanan UIA tempohari. Setelah membaca dan menyumbang untuk beberapa zine, dia pula cuba menghasilkan zine-nya sendiri. Bahasa yang digunakan bercampur, ada english dan ada BM. Terdapat catitan dan laporan serta jurnal perjalanan untuk acara di Kuala Terengganu, 'Tiga Nang Kosong', Hari Kebangkitan Rakyat KL112, Kuala Lumpur Zine Fest 2013, tour Marjinal di Kuala Lumpur dan Kelas Bikin Zine di BJUIA. Kebanyakan catitan ini ditulis secara panjang dan terperinci. Banyak gambar dan lukisan dimuatkan. Temuramah bersama The Garrison (KL), Orkes Rakyat Tertindas dan seorang sukarelawan KLZF 2013. Ada juga ulasan kedai bundle dan kedai makan disamping artikel-artikel tentang harga barang naik dan tulisan-tulisan berkaitan harapan untuk perubahan semasa musim PRU 13. Susun atur kemas dan isu pertama yang bagus.

RM5
like di page facebook Childish Zine
childishzine@gmail.com

Friday, August 16, 2013

Ulasan: zine BILA AKU NGARUK... #1

Sebuah lagi zine yang aku dapat semasa KLZF2013, juga berasal dari Terengganu. Zine ini boleh dikategorikan sebagai art zine dan poetry zine. Banyak tulisan dan luahan perasaan tentang hidup, dan hal-hal sosio politik tanahair yang diluahkan. Dengan lukisan dan contengan (doodles) yang turut mengekspresikan tulisan-tulisan tersebut. Mungkin boleh dikemaskan lagi dalam bab lukisan, boleh diasah lagi...Tapi ini cukup bagus untuk isu perdana. Aku dapatkan zine ni dari Man Dugong (Whacko Jacko zine). Tiada email atau alamt disertakan dalam zine ni...sepatutnya sekurangnya sertakan email. Senang pembaca nak berkomunikasi. Nak beli atau nak komen atau nak bincang lanjut tentang isu-isu yang diketengahkan (kalau adalah, rasa sekarang dah takde budaya macam tu. Kalau era 90an dulu isu-isu dalam zine ni boleh jadi topik untuk berdebat dan siap bergaduh, kih kih kih!)...

Thursday, July 11, 2013

Ulasan: PARAGILA #1




Tulisan dan pendapat tentang Hari Kebangkitan Rakyat #KL112, biografi band A Lot Like Turd dari Seremban, catatan tentang Rock The World 2012, cerpen-cerpen tentang hidup sang editor, pengalaman trip pergi gig di Penang, pengalaman meneroka muzik dan scene-scenenya, sedikit puisi-puisian dan diakhiri dengan catatan cuak pengalaman pergi konsert Debauch to Kuala Lumpur. Okey jugak zine ni bercampur antara lukisan/tulisan tangan dan bertaip komputer.

Harga: RM2.50

Kontek:
 
Ieda Mazlan
B-4-5 Apartment Dahlia, Taman Setapak Jaya, Sri Rampai, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur