Aku baca di Facebook, editor zine ni kata isu ni dah habis
dan tidak dijual lagi. Siapa yang berminat, terpaksa tunggu isu baru mereka.
Cepat betul habis, atau mungkin memang dibuat cetakan terhad sahaja. Zine ini
dihasilkan oleh Kolektif Tanduk Kerbau yang berpengkalan di Melaka yang dibuat
kerana mereka bosan dan untuk menunjuk budak-budak punk itu tidak semestinya
jahil dalam bab-bab ilmu didada. Berat jugak aku baca zine ni. Ada cerita pasal
kerbau, S.H.A.R.P, suara minority dan lain-lain. Turut dimuatkan info tentang hukum
bersalam dan mencium tangan, TPPA dan sedikit ruangan lawak sarkastik. Ada lagi
benda-benda lain dalam isu kali ini, tapi lepas dah habis baca dan belek aku
dapati sebahagian isi dalam zine ni dicedok dari benda-benda yang dikongsi di
internet atau chain-email serta lirik-lirik dan puisi dari band dan penulis
terkenal. Okeylah untuk isu eksperimen. Mungkin sebab itu ianya dicetak dalam
bilangan terhad. Harapnya isu yang akan datang mereka tampilkan lebih banyak
karya-karya mereka sendiri. Good Luck!
Tanduk.kerbau.work@gmail.com
No comments:
Post a Comment