Kudin dari kugiran Orkes Rakyat Tertindas kini datang dengan buah tangan terbaru berupa sebuah zine yang sarat dengan opini beliau. Kebanyakan tulisan dah pun disiarkan di blog beliau aku rasa. Tapi untuk orang macam aku yang lebih suka zine fizikal patut dapatkan zine ni. Kudin lebih banyak menulis tentang isu-isu semasa tempatan. Dan zine ini diedit oleh aweknya sendiri, yang turut bermain dalam Orkes Rakyat Tertindas. Tulisan dalam zine ni agak besar, dan tiada langsung gambar dimasukkan. Aku rasakan ia akan jadi lebih menarik untuk ditelaah jika dimasukkan gambar atau ilustrasi pada artikel-artikel yang dimuatkan.
Showing posts with label literature. Show all posts
Showing posts with label literature. Show all posts
Sunday, November 16, 2014
Zine Batu Bersurat
Kudin dari kugiran Orkes Rakyat Tertindas kini datang dengan buah tangan terbaru berupa sebuah zine yang sarat dengan opini beliau. Kebanyakan tulisan dah pun disiarkan di blog beliau aku rasa. Tapi untuk orang macam aku yang lebih suka zine fizikal patut dapatkan zine ni. Kudin lebih banyak menulis tentang isu-isu semasa tempatan. Dan zine ini diedit oleh aweknya sendiri, yang turut bermain dalam Orkes Rakyat Tertindas. Tulisan dalam zine ni agak besar, dan tiada langsung gambar dimasukkan. Aku rasakan ia akan jadi lebih menarik untuk ditelaah jika dimasukkan gambar atau ilustrasi pada artikel-artikel yang dimuatkan.
Monday, November 10, 2014
Ulasan: Dead Sick Society zine #0 (oleh Amran)
D.S.S. bersamaan dengan Dead Sick Society, yang kalau di nilai dari nama
zine ini mungkin kita boleh mengharapkan satu kritikan sosial yang
bertalu. Apa benar itu? Ada apa pada nama?
Ada satu cerpen yang di muatkan di dalam zine ini yang bertajuk Kehinaan Yang Ironi. Pada mulanya aku ingatkan ianya satu cerpen yang berkisahkan Aku Seekor Kucing, rupa-rupanya ianya adalah Aku Seekor Gagak, itupun disaat-saat perkataan 'sayap'tu keluar baru aku mengesyakinya, mana mungkin kucing memiliki sayap kan? Melainkan kalau kucing dari neraka:) ralit juga membaca cerpen ini sebenarnya, walaupun ianya sekadar ringan-ringan aje.
Mohon ampun tuan editor, tapi aku masih merasakan zine ni masih "ringan-ringan", tapi adakah bermakna ianya tidak bagus?
Bagus atau tidak itu sebenarnya bergantung kepada persepsi dan kecenderungan kamu, jadi kamu dapatkanlah zine ni dan nilaikan sendiri. Bagi sebuah permulaan, aku melihat zine ini sedang cuba membina denai-denai ke arah menjadi zine sastera atau art yang "promising" (apa ye perkataannya dalam BM:)). Usaha yang tak seharusnya mati di tengah jalan, teruskan berkarya!
On personal case, editor zine ni mengirimkan zine ni kat aku menggunakan sampul Poslaju yang berharga RM6, sebenarnya Fauzan boleh gunakan khidmat sampul PosExpress yang berharga RM3.50 tu, lagi menjimatkan. Aku pun dah lupa harga zine ni, so korang boleh try berhubung dengan :-
Facebook.com/uchanyfauzan
Facebook.com/tajrin faruqi
Thursday, June 12, 2014
RUANG
Ini keluaran pertama zine Ruang dari Temerloh. Zine ini memuatkan banyak cerpen dan rencana pendek, kisah-kisah dalam kehidupan dan tentang muzik. Hampir separuh dari zine ini memuatkan artwork-artwork dari Bratbrain. Stail lukisannya boleh ditengok dari muka depan zine ini. Cukup baik dan kemas untuk isu perdana. Kita tunggu isu seterusnya.
facebook.com/bratbrain
facebook.com/bratbrain
Tuesday, May 6, 2014
CASPEL
Seni kulit untuk zine ni menarik perhatian aku untuk terus mendapatkannya. Kisah-kisah didalam zine ini juga berkisarkan dunia seni tampak...seperti yang ditonjolkan pada muka depan zine ni...Cuba dapatkannya dari daniel.caspelo@gmail.com
Wednesday, April 30, 2014
THE RAILROAD
This zine is done by Mat Norr, the guy behind Scenery Is Free zine. I guess this is a one-off zine, a short fiction story about trip to Kelantan by a daughter and her mother. The writing was intended for a competition worth RM10, 000 cash money for the prize but Mat Norr didn't submit the essay eventually because no one to proof-read it and he couldn't meet the deadline. It's a good story and a something different for the Malaysian zine scene, touching about subjects such as living collectively, simple life, capitalism vegan lifestyle and animal rights.
Printed professionally on recycled paper and come in traveler size, A6.
Fence Press
ilovefanzine@gmail.com
Printed professionally on recycled paper and come in traveler size, A6.
Fence Press
ilovefanzine@gmail.com
Tuesday, April 8, 2014
Thursday, September 5, 2013
Ulasan: zine TEEN x POPISTYLE
Jarang-jarang dapat baca zine yang 100% tulisan tangan dari
scene local, ini antara yang terbaru. Zine ini kelihatan seakan zine split
antara ‘Aku, Dia & Kita: Seni’ dan ‘Sama & Rata: Sains’ dan dilakukan
oleh editor yang sama. Sebenarnya ia adalah zine TEEN x POPISTYLE dan mempunyani dua bahagian. Agak mengelirukan kerana tiada nama zine pada cover. Kedua-dua bahagian boleh dikategorikan sebagai zine peribadi
(perzine). Satu bahagian untuk subjek sains dan sebelah lagi untuk subjek seni. Di bahagian Aku,
Dia & Kita: Seni, pastilah banyak memaparkan lukisan (ala doodle), juga ada
tulisan tentang citarasa muzik dan pendapat tentang industry muzik tersebut,
dua buah puisi, perkaitan sains dan seni, berita sarkastik tentang isu jenayah
di Malaysia yang menjadi-jadi, ulasan dan penerangan lagu M. Nasir ‘Tanya Sama
Itu Hud-hud’ dan tulisan kempen membaca (termasuklah baca zine). Untuk bahagian
Sama & Rata: Sains pula ada cerita tentang pengalaman ganjil ketika berqiamulail
di bulan puasa, tentang cinta, puisi islamik, artikel tentang cara solat yang
betul, ‘Negara Haram Israel’, dan tentang hak royalti minyak Kelantan dan
Terengganu yang diseleweng pihak tidak bertanggungjawab. Pada bahagian tengah
zine, ada lukisan 3D dari editornya. Tulisan tangannya agak mudah untuk dibaca,
boleh tahan untuk isu pertama.
kontek:
www.facebook.com/TeenPopistyle
0145154074 (Syahmi)
Tuesday, August 27, 2013
Ulasan: zine NORIFUMI
Aku adalah pembaca pertama zine ini sebelum penulisnya
sendiri sebab aku pembuat layoutnya. Penulisnya Amran pun tak baca lagi ni.
Beberapa tahun lepas, Amran ada bagitahu aku dia nak buat zine personal dengan
gaya macam Roots Zine. Lepas tu projek tu macam senyap, mungkin tak jadi. Amran ni dulu pernah mengendali Ronin Distro yang banyak menjual kaset, CD dan zine. Lepas balik dari Kuala
Lumpur Zine Fest baru-baru ni, dia nyatakan hasratnya sekali lagi nak buat zine
personal dan inilah hasilnya. Cover depan dilukis oleh Iznan Rafa (Think Smart
Act Blur zine). Amran kata zinenya adalah zine ‘art of mengarut’. Art di sini
bukanlah kerana ada lukisan atau catan tapi lebih kepada gaya bahasa dan jalan
ceritanya. Kalau biasa baca blog dia, boleh agak macam mana. Tak sangka pula Amran ni orangnya pandai buat lawak sebab kalau bertemu mata, macam serius je perwatakannya. Zine ni hanya
dipenuhi dengan cerpen-cerpen dan dua buah puisi, kelakar dan nakal. Bagus juga Amran terbitkan tulisan-tulisannya dalam bentuk zine bercetak sebab aku memang lebih suka baca bahan cetakan dari baca kat komputer. Harapnya tulisan-tulisan lama pun dikumpul dan dicetak sebab aku tak habis baca pun entry lama-lamanya.
Kontek: Bear Amran 012-9221541
Monday, August 26, 2013
Ulasan: FRAGFRANTIK #5 zine
Pada hemat aku, zine ni merupakan zine yang produktif dan agak berat juga. Macam majalah Siasah mungkin. Permulaan zine ditulis mengenai Meor dan bukunya, 'Sembang Tepi Jalan II', kemudian tentang anak muda dengan politik cool, ulasan filem Lincoln (2012) secara panjang lebar, temuramah bersama Adam Phillips tentang 'puisi sebagai terapi', temuramah bersama Mislina Mustafa tentang projek homeless dan projek-projek lain. Ada juga tiga buah sajak dan tulisan-tulisan lain lagi. Susunatur zine ni memang A+. Sokong!
Tiada cara kontek yang dicatatkan dalam zine. Boleh cuba nombor telefon bimbit ini: 0104339197 (Wahyudi)
Tiada cara kontek yang dicatatkan dalam zine. Boleh cuba nombor telefon bimbit ini: 0104339197 (Wahyudi)
Monday, August 19, 2013
Ulasan: CHILDISH zine #1
Aku kenal Aus iaitu antara penggerak utama Buku Jalanan UIA, kenal masa dia jemput aku berkongsi cerita di satu siri Buku Jalanan UIA tempohari. Setelah membaca dan menyumbang untuk beberapa zine, dia pula cuba menghasilkan zine-nya sendiri. Bahasa yang digunakan bercampur, ada english dan ada BM. Terdapat catitan dan laporan serta jurnal perjalanan untuk acara di Kuala Terengganu, 'Tiga Nang Kosong', Hari Kebangkitan Rakyat KL112, Kuala Lumpur Zine Fest 2013, tour Marjinal di Kuala Lumpur dan Kelas Bikin Zine di BJUIA. Kebanyakan catitan ini ditulis secara panjang dan terperinci. Banyak gambar dan lukisan dimuatkan. Temuramah bersama The Garrison (KL), Orkes Rakyat Tertindas dan seorang sukarelawan KLZF 2013. Ada juga ulasan kedai bundle dan kedai makan disamping artikel-artikel tentang harga barang naik dan tulisan-tulisan berkaitan harapan untuk perubahan semasa musim PRU 13. Susun atur kemas dan isu pertama yang bagus.
RM5
like di page facebook Childish Zine
childishzine@gmail.com
Friday, August 16, 2013
Ulasan: zine BILA AKU NGARUK... #1
Sebuah lagi zine yang aku dapat semasa KLZF2013, juga berasal dari Terengganu. Zine ini boleh dikategorikan sebagai art zine dan poetry zine. Banyak tulisan dan luahan perasaan tentang hidup, dan hal-hal sosio politik tanahair yang diluahkan. Dengan lukisan dan contengan (doodles) yang turut mengekspresikan tulisan-tulisan tersebut. Mungkin boleh dikemaskan lagi dalam bab lukisan, boleh diasah lagi...Tapi ini cukup bagus untuk isu perdana. Aku dapatkan zine ni dari Man Dugong (Whacko Jacko zine). Tiada email atau alamt disertakan dalam zine ni...sepatutnya sekurangnya sertakan email. Senang pembaca nak berkomunikasi. Nak beli atau nak komen atau nak bincang lanjut tentang isu-isu yang diketengahkan (kalau adalah, rasa sekarang dah takde budaya macam tu. Kalau era 90an dulu isu-isu dalam zine ni boleh jadi topik untuk berdebat dan siap bergaduh, kih kih kih!)...
Ulasan: zine BEBAS
Ini merupakan zine pertama keluaran kolektif Buku Jalanan
Kuala Terengganu. Ia menghimpunkan tulisan, puisi, anekdot dan lukisan
bertemakan ‘bebas’ dan perkara yang berkaitan. Menampilkan tujuh penyumbang
iaitu Azali, Sake, Azraao, Gabuha Kecil, Rashid Akhmal, Naim Azim dan Ashraf
Dzulkifli.
Tiada alamat atau email, tapi anda boleh like page Buku Jalanan Kuala Terengganu di facebook.
Labels:
artzine,
collective,
literature,
malaysia,
perzine,
poetry,
review
Tuesday, August 13, 2013
Ulasan: 'Guane Gu?' zine oleh Bear Amran
Mengikut introduksi Nizang, zine ini mengenai Terengganu. Apa saja
cerita dari atau tentang negeri Terengganu. Aku yakin sebelum ini pun
dah ada zine atau lebih luas lagi publikasi yang menulis mengenai
Terengganu. Jadi apa bezanya zine Guane gu? ini dengan
penerbitan-penerbitan sebelumnya? Dari sudut isi kandungannya mungkin
tak banyak beza, mungkin yang agak menarik disini adalah kerana ianya
satu zine kolektif, dimana ramai penulis-penulis bergabung tenaga
memerah otak menjayakannya. Penulis-penulis ini (tidak termasuk 'amran')
bagi aku menarik kerana mereka bukannya dari golongan penulis
mainstream, paling kurang pun, mereka tidak masuk lagi ke kancah
mainstream. Mereka adalah pucuk-pucuk muda yang mempunyai idea-idea yang
masih dara. Mereka mungkin cetakan biru untuk scene publikasi
Terengganu dimasa hadapan. Dan mereka juga adalah misfits, atleast
beberapa orang dari mereka adalah misfits.
Korang pernah tengok rancangan masakan tak? Biasanya diakhir rancangan
akan ada host rancangan itu yang akan merasa masakan dan memberikan
pendapatnya, bukannya tukang masak sendiri. Kenapa? Kerana adalah
sesuatu seperti yang taboo dalam scene masak-memasak ni apabila tukang
masak sendiri merasa dan memberi ulasan tentang masakannya. Samalah
dengan halnya disini, walaupun tulisan yang diambil dari blog aku ada
tiga disini, aku serahkan tugas menilai dan membaca penulisan aku tu
kepada korang semua. At the ends, aku menulis kerana aku suka menulis.
Penulisan-penulisan dari Nizang, Fazri dan Shabri pun kira okay-okay
sahaja pasal aku dah baca pun penulisan diaorang ni kat blog
masing-masing. Cuma kamus slang Terengganu yang Fazri buat tu agak
menarik, tersengih-sengih aku membacanya. Sangat sesuai dibaca
beramai-ramai.
Kisah Dari Selatan Terengganu oleh Aus Joe adalah satu personal writing tentang kehidupan penulisnya. Satu penulisan yang panjang, dan satu lagi penulisan yang panjang dan dilengkapi dengan fakta-fakta yang menarik adalah apabila Kuding menulis tentang Pasar Payang. Ianya seperti satu cerita Pasar Payang dan cerita tentang Kuding itu sekali. Dimuka Surat 19 zine ini, Kuding ada menceritakan tentang satu bangunan yang tidak dapat diduduki kerana tiada CF, bangunan Kompleks Paya Bunga. Disebabkan aku selalu berada disekitar tempat tu, aku juga hendak berkongsi sedikit info yang aku tahu tentang tempat itu:-
1)khabarnya, CF tempat ni tidak diperolehi kerana masalah saliran yang tidak padan dengan dengan kompleks ini. Tapi yang hairannya, bagaimana restoran McDonald boleh beroperasi disini.
2)menurut sumber-sumber dari kontraktor yang membuat kerja di dalam bangunan ini, hanya tingkat bawah dan tingkat satu aje yang dah siap, yang lain belum. Di tingkat atas adalah tempat parking kereta. Tapi untuk turun dan naik semula, anda terpaksa menggunakan tangga, pasal lif nya pun belum siap lagi.
3) pasaraya Parkson pernah beberapa kali cuba untuk membuka cawangannya disini, tapi ditentang oleh gabungan pasaraya kecik disini seperti Astaka, Hock Kee Seng.... di atas sebab Pasaraya Parkson ini dibimbangi akan menguasai pasaran disini. Kes ini masih lagi di mahkamah.
Amin dari We Are Grafy menulis tentang lokasi-lokasi yang heaven untuk mengambil gambar disekitar kuala Terengganu. Aku cadangkan Amin dan rakan-rakannya pegi ke perkampungan nelayan Mengabang Telipot dan mengambil gambar gerombolan kambing berkeliaran diatas jalan raya, ataupun warga-warga emas bermalasan diatas wakaf sambil main dam haji. Atau naik lagi sikit ke daratan ke Kampung Darat Batu Rakit, di awal pagi, ambik gambar lembu yang menjadikan jalan raya sebagai tempat tidur mereka. Serius, situasi cam gini susah nak dapat kat tempat lain. Bayangkan permandangan dari bawah perut lembu yang berdiri, menfokuskan pula kearah sekumpulan lembu yang tengah lena diatas line putih. Jadikan pula ianya gambar hitam putih, pergh memang heaven gua cakap lu.
Tapi penulisan yang paling aku suka dalam zine ni (yang belum pernah aku baca sebelumnya) adalah yang bertajuk Ekslusif Dihari Selasa oleh Sang Harima. Kalo dikecikkan skopnya, ianya hanyalah satu cerita diwaktu pagi yang biasa-biasa aje, tapi dengan cara Sang Harima menulis menjadikan ianya sangat menarik dibaca. Kalo anda sukakan penulisan santai ala-ala pipiyapong atau mat tiara, aku sarankan korang cari lagi penulisan mamat ni. Maybe dia ada zine sendiri? Maybe dia ada blog?
Ada juga satu temuramah dengan band fadedface, tapi tiada apa-apa ulasan macam kebanyakkan zine-zine yang biasa aku baca. Tanpa niat membodek, aku rasakan ini adalah satu zine yang agak bagus yang korang patut dapatkannya, memang ada kepincangan disana-sini, tapi kalo ada susulannya, diharapkan dimasa akan datang boleh diperbaiki.
Ini bukan satu bahang rambang, this is Tranung:)
Untuk mengordernya, boleh hubungi Nizang di:- nizangmosh@gmail.com

(BP- ulasan ni diambil dari blog seorang sahabat, untuk tujuan dokumentasi. takkan aku nak review zine aku bikin sendiri pulak kan?)
Ulasan: Mok Ayoh zine
Sebuah zine menarik dan unik yang aku dapatkan di KL Zine Fest 2013 tempoh hari. Zine ini menggunakan dialek Terengganu seratus peratus. Boleh diklasifikasikan sebagai zine literature dan historical, ia mengisahkan tentang keluarga Pok Mad Lonjong dan Mok Ngoh Joh dan anak-anak mereka. Anak bongsu mereka mempunyai sedikit masalah iaitu mahu ditemani ayahnya ke sekolah sepanjang sekolah rendah, hingga darjah enam! Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ladang atau digelar sebagai 'Sekoloh Konar Leper'. Kalau nak tahu macam mana cara penyelesaiannya... anda patut dapatkan zine ni dan belajar bahasa Terengganu. Kalau yang tak biasa, memang susah nak faham, kena cari seorang translator. Zine ini turut memaparkan gambar-gambar dan keterangan tentang bangunan-bangunan lama di Kuala Terengganu yang kini sudah tiada dan diganti dengan bangunan yang lain. Thumbs up for all the historical facts.
sila hubungi: facebook.com/ganutalgia
Monday, June 24, 2013
Tuesday, June 4, 2013
Wednesday, May 29, 2013
NewZine: LEPAK MAMAK
From the editor of Lagenda Budak Sekolah zine, here comes Lepak Mamak.
"Poems & prose from a guy and a girl. 43 pages. RM5, additional RM5 for post" - Esah Ezral
ezralsya@hotmail.com
"Poems & prose from a guy and a girl. 43 pages. RM5, additional RM5 for post" - Esah Ezral
ezralsya@hotmail.com
NewIssue: NEW VILLAGE 03 (English)
The editor contacted me to buy my zine by band for issue 14 but I was too busy and finally met him at the recent Art For Grabs series in Annexe Central Market. I traded my zine Aksi Reaksi 2 with his latest issue, 03.
I haven't read any of the older issues so I can't compare. This issue contains an article about shop houses that no longer used for living but solely for commercial purposes thus cause jam, there are a collection of photos with the headline 'Life Partner', mostly photographs of old couple spending time together, there are a writing about listening and reading music, a comic, and other personal writings.
newvillagezine@gmail.com
newvillages.tumblr.com

Wednesday, May 22, 2013
ulasan: SCHIZOPHRENIC 'SICK'
Aku beli zine ni di Pasar Buku BOCO 08 di booth BijiPress. Aku belek zine ni sebab cara ia dibind. Nampak ala-ala buku perfect bound tapi D.I.Y style guna gam UHU barangkali. Sebelum ni, zine Grrrl: Rebel dan Fuzztival pernah buat juga macam ni tapi ni lagi kemas dimana kertas A4 dilipat-lipat dulu baru digam. Pergh, sama berminat nak buat zine perfect bound tapi takde modal atau mesin boleh berguru dengan editor zine ni.
Aku sangkakan zine oleh awek sebab booth tu aweks yang jaga, tapi editornya terus datang bila aku belek zine dia dan bagi isu pertama dengan percuma. Rupanya dia dah buat perzine (personal zine) sejak 1995! Zaman tu tak banyak perzine, lebih banyak zine musical dan punk/hc.
Nama 'sick' untuk keluaran ini menunjukkan ini isu ke enam dan dia menggelar isu ini sebagai 'novel-zine'. Semua isi-isi diambil karya-karya terbaik dari blog beliau dan ada kena-mengena dengan 'skizofrenia'. Ada cereka pendek, cereka panjang dan ada juga cerita realiti harian editor sendiri.
Masa aku beli zine ni, sekali dua isu dan dapat free penanda buku (dari BijiPress) free satu t-shirt, dan juga free Schizophrenic zine issue pertama yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
RM25 PPD
http://akuskizo.blogspot.com/

Friday, November 2, 2012
Flyer: Kaler, wa conteng lu bace
Subscribe to:
Posts (Atom)