Sunday, November 16, 2014

Zine Batu Bersurat



Kudin dari kugiran Orkes Rakyat Tertindas kini datang dengan buah tangan terbaru berupa sebuah zine yang sarat dengan opini beliau. Kebanyakan tulisan dah pun disiarkan di blog beliau aku rasa. Tapi untuk orang macam aku yang lebih suka zine fizikal patut dapatkan zine ni. Kudin lebih banyak menulis tentang isu-isu semasa tempatan. Dan zine ini diedit oleh aweknya sendiri, yang turut bermain dalam Orkes Rakyat Tertindas. Tulisan dalam zine ni agak besar, dan tiada langsung gambar dimasukkan. Aku rasakan ia akan jadi lebih menarik untuk ditelaah jika dimasukkan gambar atau ilustrasi pada artikel-artikel yang dimuatkan.

Kalau nak beli zine berharga RM5 ni, boleh kontek nombor 014-633 4598. Bagus, macam nilah senang pembaca nak berkomunikasi atau kutuk lepas baca, hehe...Oh ya, penulis zine ini juga terima kalau ada zine lain mahu trade dengannya.

No comments:

Post a Comment