Thursday, September 5, 2013

Ulasan: zine TEEN x POPISTYLE


Jarang-jarang dapat baca zine yang 100% tulisan tangan dari scene local, ini antara yang terbaru. Zine ini kelihatan seakan zine split antara ‘Aku, Dia & Kita: Seni’ dan ‘Sama & Rata: Sains’ dan dilakukan oleh editor yang sama. Sebenarnya ia adalah zine TEEN x POPISTYLE dan mempunyani dua bahagian. Agak mengelirukan kerana tiada nama zine pada cover. Kedua-dua bahagian boleh dikategorikan sebagai zine peribadi (perzine). Satu bahagian untuk subjek sains dan sebelah lagi untuk subjek seni. Di bahagian Aku, Dia & Kita: Seni, pastilah banyak memaparkan lukisan (ala doodle), juga ada tulisan tentang citarasa muzik dan pendapat tentang industry muzik tersebut, dua buah puisi, perkaitan sains dan seni, berita sarkastik tentang isu jenayah di Malaysia yang menjadi-jadi, ulasan dan penerangan lagu M. Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud-hud’ dan tulisan kempen membaca (termasuklah baca zine). Untuk bahagian Sama & Rata: Sains pula ada cerita tentang pengalaman ganjil ketika berqiamulail di bulan puasa, tentang cinta, puisi islamik, artikel tentang cara solat yang betul, ‘Negara Haram Israel’, dan tentang hak royalti minyak Kelantan dan Terengganu yang diseleweng pihak tidak bertanggungjawab. Pada bahagian tengah zine, ada lukisan 3D dari editornya. Tulisan tangannya agak mudah untuk dibaca, boleh tahan untuk isu pertama. 


kontek:

www.facebook.com/TeenPopistyle

0145154074 (Syahmi)

No comments:

Post a Comment