Monday, November 10, 2014

Ulasan: Dead Sick Society zine #0 (oleh Amran)

D.S.S. bersamaan dengan Dead Sick Society, yang kalau di nilai dari nama zine ini mungkin kita boleh mengharapkan satu kritikan sosial yang bertalu. Apa benar itu? Ada apa pada nama?

Ayoh ikuti aku menyelak serba-sedikit zine yang baru tiba petang tadi ni. Aku mengambil masa sejam lebih sedikit untuk mengenalpasti zine ni, bukan kerana ianya nipis (sangat), tapi mungkin kerana zine ni bukannya di muatkan penuh dengan penulisan. Ianya juga di campur-gaul dengan illustrasi-illustrasi yang mungkin lebih elok kalo kita dengar sendiri penjelasan maknanya dari pembikinnya. Juga ada sajak-sajak (yang belum aku fahami maksudnya) dan penulisan-penulisan yang tidak membosankan.

Ada satu cerpen yang di muatkan di dalam zine ini yang bertajuk Kehinaan Yang Ironi. Pada mulanya aku ingatkan ianya satu cerpen yang berkisahkan Aku Seekor Kucing, rupa-rupanya ianya adalah Aku Seekor Gagak, itupun disaat-saat perkataan 'sayap'tu keluar baru aku mengesyakinya, mana mungkin kucing memiliki sayap kan? Melainkan kalau kucing dari neraka:) ralit juga membaca cerpen ini sebenarnya, walaupun ianya sekadar ringan-ringan aje.
Mohon ampun tuan editor, tapi aku masih merasakan zine ni masih "ringan-ringan", tapi adakah bermakna ianya tidak bagus?

Bagus atau tidak itu sebenarnya bergantung kepada persepsi dan kecenderungan kamu, jadi kamu dapatkanlah zine ni dan nilaikan sendiri. Bagi sebuah permulaan, aku melihat zine ini sedang cuba membina denai-denai ke arah menjadi zine sastera atau art yang "promising" (apa ye perkataannya dalam BM:)). Usaha yang tak seharusnya mati di tengah jalan, teruskan berkarya!

On personal case, editor zine ni mengirimkan zine ni kat aku menggunakan sampul Poslaju yang berharga RM6, sebenarnya Fauzan boleh gunakan khidmat sampul PosExpress yang berharga RM3.50 tu, lagi menjimatkan. Aku pun dah lupa harga zine ni, so korang boleh try berhubung dengan :-

Facebook.com/uchanyfauzan
Facebook.com/tajrin faruqi

No comments:

Post a Comment