Tuesday, August 13, 2013

Ulasan: 'Guane Gu?' zine oleh Bear Amran

Mengikut introduksi Nizang, zine ini mengenai Terengganu. Apa saja cerita dari atau tentang negeri Terengganu. Aku yakin sebelum ini pun dah ada zine atau lebih luas lagi publikasi yang menulis mengenai Terengganu. Jadi apa bezanya zine Guane gu? ini dengan penerbitan-penerbitan sebelumnya? Dari sudut isi kandungannya mungkin tak banyak beza, mungkin yang agak menarik disini adalah kerana ianya satu zine kolektif, dimana ramai penulis-penulis bergabung tenaga memerah otak menjayakannya. Penulis-penulis ini (tidak termasuk 'amran') bagi aku menarik kerana mereka bukannya dari golongan penulis mainstream, paling kurang pun, mereka tidak masuk lagi ke kancah mainstream. Mereka adalah pucuk-pucuk muda yang mempunyai idea-idea yang masih dara. Mereka mungkin cetakan biru untuk scene publikasi Terengganu dimasa hadapan. Dan mereka juga adalah misfits, atleast beberapa orang dari mereka adalah misfits. 


Korang pernah tengok rancangan masakan tak? Biasanya diakhir rancangan akan ada host rancangan itu yang akan merasa masakan dan memberikan pendapatnya, bukannya tukang masak sendiri. Kenapa? Kerana adalah sesuatu seperti yang taboo dalam scene masak-memasak ni apabila tukang masak sendiri merasa dan memberi ulasan tentang masakannya. Samalah dengan halnya disini, walaupun tulisan yang diambil dari blog aku ada tiga disini, aku serahkan tugas menilai dan membaca penulisan aku tu kepada korang semua. At the ends, aku menulis kerana aku suka menulis. Penulisan-penulisan dari Nizang, Fazri dan Shabri pun kira okay-okay sahaja pasal aku dah baca pun penulisan diaorang ni kat blog masing-masing. Cuma kamus slang Terengganu yang Fazri buat tu agak menarik, tersengih-sengih aku membacanya. Sangat sesuai dibaca beramai-ramai.

Kisah Dari Selatan Terengganu oleh Aus Joe adalah satu personal writing tentang kehidupan penulisnya. Satu penulisan yang panjang, dan satu lagi penulisan yang panjang dan dilengkapi dengan fakta-fakta yang menarik adalah apabila Kuding menulis tentang Pasar Payang. Ianya seperti satu cerita Pasar Payang dan cerita tentang Kuding itu sekali. Dimuka Surat 19 zine ini, Kuding ada menceritakan tentang satu bangunan yang tidak dapat diduduki kerana tiada CF, bangunan Kompleks Paya Bunga. Disebabkan aku selalu berada disekitar tempat tu, aku juga hendak berkongsi sedikit info yang aku tahu tentang tempat itu:-

1)khabarnya, CF tempat ni tidak diperolehi kerana masalah saliran yang tidak padan dengan dengan kompleks ini. Tapi yang hairannya, bagaimana restoran McDonald boleh beroperasi disini.

2)menurut sumber-sumber dari kontraktor yang membuat kerja di dalam bangunan ini, hanya tingkat bawah dan tingkat satu aje yang dah siap, yang lain belum. Di tingkat atas adalah tempat parking kereta. Tapi untuk turun dan naik semula, anda terpaksa menggunakan tangga, pasal lif nya pun belum siap lagi.

3) pasaraya Parkson pernah beberapa kali cuba untuk membuka cawangannya disini, tapi ditentang oleh gabungan pasaraya kecik disini seperti Astaka, Hock Kee Seng.... di atas sebab Pasaraya Parkson ini dibimbangi akan menguasai pasaran disini. Kes ini masih lagi di mahkamah.

Amin dari We Are Grafy menulis tentang lokasi-lokasi yang heaven untuk mengambil gambar disekitar kuala Terengganu. Aku cadangkan Amin dan rakan-rakannya pegi ke perkampungan nelayan Mengabang Telipot dan mengambil gambar gerombolan kambing berkeliaran diatas jalan raya, ataupun warga-warga emas bermalasan diatas wakaf sambil main dam haji. Atau naik lagi sikit ke daratan ke Kampung Darat Batu Rakit, di awal pagi, ambik gambar lembu yang menjadikan jalan raya sebagai tempat tidur mereka. Serius, situasi cam gini susah nak dapat kat tempat lain. Bayangkan permandangan dari bawah perut lembu yang berdiri, menfokuskan pula kearah sekumpulan lembu yang tengah lena diatas line putih. Jadikan pula ianya gambar hitam putih, pergh memang heaven gua cakap lu.

Tapi penulisan yang paling aku suka dalam zine ni (yang belum pernah aku baca sebelumnya) adalah yang bertajuk Ekslusif Dihari Selasa oleh Sang Harima. Kalo dikecikkan skopnya, ianya hanyalah satu cerita diwaktu pagi yang biasa-biasa aje, tapi dengan cara Sang Harima menulis menjadikan ianya sangat menarik dibaca. Kalo anda sukakan penulisan santai ala-ala pipiyapong atau mat tiara, aku sarankan korang cari lagi penulisan mamat ni. Maybe dia ada zine sendiri? Maybe dia ada blog?

Ada juga satu temuramah dengan band fadedface, tapi tiada apa-apa ulasan macam kebanyakkan zine-zine yang biasa aku baca. Tanpa niat membodek, aku rasakan ini adalah satu zine yang agak bagus yang korang patut dapatkannya, memang ada kepincangan disana-sini, tapi kalo ada susulannya, diharapkan dimasa akan datang boleh diperbaiki.

Ini bukan satu bahang rambang, this is Tranung:)

Untuk mengordernya, boleh hubungi Nizang di:- nizangmosh@gmail.com

(BP- ulasan ni diambil dari blog seorang sahabat, untuk tujuan dokumentasi. takkan aku nak review zine aku bikin sendiri pulak kan?)

No comments:

Post a Comment