Tuesday, August 13, 2013

Ulasan: Mok Ayoh zine


Sebuah zine menarik dan unik yang aku dapatkan di KL Zine Fest 2013 tempoh hari. Zine ini menggunakan dialek Terengganu seratus peratus. Boleh diklasifikasikan sebagai zine literature dan historical, ia mengisahkan tentang keluarga Pok Mad Lonjong dan Mok Ngoh Joh dan anak-anak mereka. Anak bongsu mereka mempunyai sedikit masalah iaitu mahu ditemani ayahnya ke sekolah sepanjang sekolah rendah, hingga darjah enam! Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ladang atau digelar sebagai 'Sekoloh Konar Leper'. Kalau nak tahu macam mana cara penyelesaiannya... anda patut dapatkan zine ni dan belajar bahasa Terengganu. Kalau yang tak biasa, memang susah nak faham, kena cari seorang translator. Zine ini turut memaparkan gambar-gambar dan keterangan tentang bangunan-bangunan lama di Kuala Terengganu yang kini sudah tiada dan diganti dengan bangunan yang lain. Thumbs up for all the historical facts.

sila hubungi: facebook.com/ganutalgia

No comments:

Post a Comment