Tuesday, September 3, 2013

Ulasan: ABSTAINED AGOGO #9





Zine ini diberi percuma dan ditukar suka sama suka di acara KL Zine Fest. Abstained Agogo merupakan salah satu zine yang bertahan paling lama yang asalnya di Kelantan namun kini editornya menetap di Kuala Lumpur. Editornya Hafeez juga menulis blog ulasan muzik dan apa-apa berkaitan muzik metal ‘The Bullet Belt Press’. Juga pernah main dalam beberapa band hc/punk dan metal. Dalam kesibukan ramai orang membuat zine puisi, literature dan personal, Abstained Agogo mengekalkan stail zine punk 90an dan awal 2000an dengan artikel-artikel dan pendapat-pendapat seputar isu-isu semasa dalam scene muzik bawah tanah. Di ruangan editorial, editor menulis bahawa isu ini dia banyak menulis tentang budaya berfikir; dalam isu politik, idealism dan falsafah.

Ada artikel tentang elemen ‘keseronokan’ dalam punk rock dan motivasi untuk melakukan apa yang anda hendak untuk scene punk anda. Pendapat tentang membudayakan amalan berfikir (secara rasional) tentang isu dan situasi politik, dan pendapat mengenai kebebasan dan hak (dalam scene hc/punk). Ada juga ulasan gig Thrashing Kuala Lumpur, dan filem-filem dokumentari punk rock dan juga The Taqwacores. Tiada temuramah dimuatkan untuk isu kali ini yang nipis.

Di tengah-tengah zine ni, disertakan satu seksyen bernama ’Metaforakami’ yang menghimpun puisi-puisi jiwa romantis mabuk cinta. 

kontek: benignism@yahoo.com

No comments:

Post a Comment