Dengan jadual yang ketat berkempen untuk PRU13, aku berjaya habiskan
membaca buku ni dalam dua hari sahaja. Sebenarnya memang aku eksited
bila tahu Din Akar tulis buku ni. Tak banyak buku khusus tentang budaya
punk yang diterbitkan di Malaysia. Yang aku tahu buku Punk Rock, Anarki
di Kuala Lumpur (fiksyen), Aksi Reaksi dan ini yang terbaru.
Siapa tak kenal Din Akar? Zinenya Roots antara zine berbahasa melayu
yang sangat berpengaruh di Malaysia. Siapa yang biasa dengan zine Roots
dapat mengagak cara dia menulis, tapi sebab dia pun dah lama tak keluar
isu baru aku dah lupa stail dia menulis. Membaca buku ini terutamanya
separuh bahagian yang pertama buat aku ketawa terbahak-bahak
sorang-sorang. Nak putus urat perut aku dibuatnya sebab gaya bahasanya
yang bersahaja.
Okey, buku ni sebenarnya mengenai perjalanan Din mengikut band Hellexist
(dari Johor Bharu) main gig di Jakarta Indonesia bersama band Jepun,
Singapura dan Indonesia yang lain. Senang kata travelogue-lah. Memang
kenalah dengan taste aku. Tebal juga dan layoutnya cantik kemas macam
layout buku-buku kontemporari, stail gambar-gambar penuh satu muka.
Gambar yang Din ambil pun rasanya ramai tahu, mesti cantik-cantik
terutama gambar live.
Orang kata 'you are what you read'. Aku rasa memang betul. Lepas baca
buku ni aku pun terikut gaya bahasa Din bila bercakap atau berpikir. Kah
kah kah...Rasanya daripada sumber yang boleh dipercayai, buku ni
fast-selling. Cepat dapatkan dari Neon Terbit atau Din sendiri.
kredit foto: Pidot Green Peace
dapatkan dari http://neonterbit.blogspot.com
No comments:
Post a Comment