Wednesday, May 28, 2014

WHACKO JACKO #07


Panas! Zine ni baru sampai ke rumah aku semalam, mungkinkah ini zine yang paling produktif dari Terengganu sekarang? Whacko Jacko isu ke-7 berjudul 'Tekanan Jiwa dan Depresi'. Mungkin tertekan dengan kehidupan di kota raya yang penuh tipudaya iaitu Kuala Lumpur. Itulah apa yang aku dapat tangkap dari tulisan Man Dugong dalam keluaran ini. Namun Man Dugong sekarang khabarnya dah selamat berhenti kerja dan pulang ke kampung! Syabas, boleh lepaskan kerinduan pada bau air laut dan nikmat memijak pasir pantai. Dalam ni seperti anda boleh tengok dalam rajah di atas, memuatkan temuramah dengan Dum Dum Tak, Kuning Pening, Lot Buku, Ganutalgia dan Ganukulele. Seperti biasa, turut memuatkan puisi, artikel dan karya bebas...Oh ya zine ini diterbitkan oleh kru Whacko Jacko iaitu Djoe, Amin dan Man Dugong.

Boleh dapatkan dari Nervhous Distro atau http://www.facebook.com/dakyohcakakbanyok


No comments:

Post a Comment