Tuesday, May 21, 2013

ulasan: CHOOSING PATH isu 1





Zine baru dari Sabah, editornya Benny dulunya membuat zine bernama Your Win (lapan tahun lalu). Ada tulisan tentang perayaan Pesta Kaamatan (pesta menuai kaum Kadazan), penerangan tentang pakaian tradisional Kadazan Dusun, alat muzik tradisional Sabah, . Ada juga artikel tentang wanita & rahim (ketika mengandung) dan cerita tentang insiden serangan di Lahad Datu yang disampaikan dalam bentuk metafora untuk mudah faham, himpunan quotes dari Sammy Vellu (lawak nak mampus) dan tips membuat api secara DIY!  Di pengahiran isu ini, ada cerita tentang pengalaman hidupnya, tentang berumah tangga, kerja, keluarga dan sebab dia menghilangkan dari scene hc/punk buat seketika. Aku suka zine ini kerana editor banyak mengetengahkan identity orang Sabah terutamanya Kadazan dan tidak cuba menjadi mat saleh.

Interview dengan: Deathmutt Records, Rotten Disease, Fectus, Mavis Dirty Project dan Massgrind.

              0145712696 (Benny)

No comments:

Post a Comment